PUNCA LELAKI ENGGAN JUMPA PAKAR

RAMAI KALANGAN LELAKI KURANG PEKA PERIHAL PENYAKIT DAN MENDAPATKAN RAWATAN BERBANDING WANITA YANG LEBIH TERBUKA MEMBINCANGKAN MASALAH KESIHATAN MEREKA, KAUM LELAKI KURANG KESEDARAN MENGENAI TAHAP KESIHATAN MEREKA.

Kebiasaannya mereka enggan bertemu pakar untuk mendapatkan nasihat profesional, apatah lagi penyakit itu berkaitan dengan seksual dan urologi kerana tidak mahu menunjukkan kelemahan diri. Terdapat empat faktor lelaki bersikap demikian, antaranya: 

 1 MALU

Sikap malu menjadi sebab utama lelaki enggan bertemu doktor apabila mengalami masalah. Mereka risau jika keadaan mereka diketahui bualan orang ramai. 

 2 TAKUT

Sukar dan takut menerima hakikat mereka sakit. Kebanyakan berfikiran kalau ditakdirkan sudah sampai ajal (akibat diserang penyakit), maka mereka akan mati tanpa mahu berusaha mengubati penyakit tersebut. 

3 TIDAK TAHU

Tidak seperti kebanyakan penyakit yang menyerang wanita, penyakit lelaki kurang dihebahkan. kita sering mendengar kempen kanser payu dara, kanser pangkal rahim dan sebagainya tetapi kurang kempen prostat dan masalah lelaki yang lain. 

 4 TIDAK KISAH

Jika diadakan kempen, mereka jarang mahu mengambil tahu. Tidak seperti wanita yang aktif untuk menyertai sebarang aktiviti berkaitan dengan kesihatan mereka.

 Tiga masalah utama

Secara umumnya jangka hayat wanita lebih panjang berbanding lelaki sebanyak lima tahun. Di Malaysia sendiri secara purata hayat wanita sehingga 75 tahun manakala lelaki 70 tahun.

Tahap kesihatan lelaki dilihat daripada dua aspek iaitu semula jadi (nature) dan penjagaan (nature). Semula jadi adalah faktor genetik yang tidak boleh diubah Tetapi penjagaan perlu dititikberatkan untuk kehidupan yang lebih berkualiti.


Wanita biasanya menghidap banyak penyakit, tetapi peratus survivor adalah lebih tinggi manakala lelaki kurang dibebani penyakit, namun mereka kerap menemui ajal akibat penyakit yang menyerang secara senyap dan tiba-tiba.


Tiga masalah kesihatan utama yang sering menyerang lelaki adalah berkaitan dengan kardio (jantung),
risiko kanser dan kesihatan seksual serta penjagaan prostat. Antara masalah seksual yang biasa dialami oleh lelaki adalah jangkitan penyakit seksual (STD), mati pucuk (ED), ejakulasi pramatang, kemudian, saiz dan bentuk zakar serta testis. Manakala urologi pula seperti batu karang, kanser prostat dan pelbagai lagi.

Lelaki muda malu untuk bertemu doktor sekiranya mempunyai masalah dengan alat kelamin mereka. Sedangkan perlu diingat kanser testikular hanya berlaku di kalangan lelaki muda. Kebiasaannya pesakit hanya datang bertemu beliau ketika penyakit sudah pun melarat.

Semua ini bergantung kepada sikap lelaki itu sendiri yang tidak suka diri mereka menjadi bahan bualan. Semestinya keadaan itu berkait rapat dengan psikologi lelaki yang sangat kompleks.


Lelaki akan rasa malu seandainya rakan-rakan mengetahui mereka mempunyai masalah kesihatan apatah lagi yang berkaitan dengan seksual. Oleh itu dalam kes pasangan yang tidak mempunyai anak, wanita sering dipersalahkan biarpun ia mungkin disebabkan suami tidak subur. Senario ini biasa biarpun masyarakat semakin terbuka tetapi mereka tetap meletakkan kesalahan kepada wanita.



Kesan pada isteri

Mengenai tahap kesedaran lelaki mengenai kesihatan mereka,secara dasarnya lelaki adalah insan yang sensitif dan mengambil berat. Justeru untuk meningkat kan kesedaran mereka tentang penjagaan kesihatan diri perlu menggunakan psikologi terbaik (reverse psychology). Misalnya, peringatan mengenai kesan kepada isteri dan keluarga akibat ketiadaan mereka kelak. Mereka akan diingatkan tentang isteri dan anak-anak yang terpaksa meneruskan hidup bersendirian jika ditakdirkan mereka meninggal dunia. Selain itu, golongan lelaki memerlukan pendekatan yang berbeza. Dalam merawat pesakit lelaki, disarankan agar pesakit lelaki yang mengalami masalah membawa rakan ketika mendapatkan nasihat profesional seandainya mereka malu 

Ini kerana kadangkala rakan mereka yang menjelaskan mengenai masalah tersebut. Lelaki biasanya lebih selesa memberitahu rakan. Berbeza dengan wanita, lelaki akan berfikir berkali-kali untuk mendapatkan rawatan di klinik andainya mempunyai jururawat wanita. 

forextrg

Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget