LELAKI BUNCIT HADAPI BANYAK RISIKO KESIHATAN



LELAKI TERUTAMA YANG SUDAH PERKAHWINAN BIASANYA TIDAK AKAN BERASA APA-APA WALAUPUN BERAT BADAN SERTA SAIZ PINGGANG MAKIN BERTAMBAH. SOAL MENJAGA BADAN SUDAH TIDAK MENJADI KEUTAMAAN SEPERTI SEBELUM MENDIRIKAN RUMAH TANGGA. TIDAK SALAH RASANYA JIKA LELAKI MENIRU SEDIKIT TABIAT WANITA YANG CEMBURU MELIHAT KECANTIKAN BADAN ORANG LAIN.


Perasaan ini sedikit sebanyak boleh menjadi penggerak kepada seseorang untuk menjaga melalui kawalan pemakanan dan bersenam, iaitu cara yang jauh lebih baik berbanding pengambilan produk mengurangkan berat badan.

   Usaha ke arah ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan tahap kesihatan seseorang. Pakar perubatan di seluruh dunia sependapat bahawa  pada semua peringkat umur (termasuk remaja) wanita secara umumnya lebih sihat berbanding lelaki.

 Malah, mengikut kajian di Amerika Syarikat mendapati daripada 15 punca utama kematian, lelaki mendahului wanita kecuali bagi penyakit Alzheimer (nyanyuk). perkara ini mungkin disebabkan lelaki tidak sempat mencapai tahap umur untuk mendapat Alzheimer kerana rata-rata lelaki mati lima tahun lebih awal daripada wanita. Antara ancaman kesihatan utama dialami  sekarang ialah penyakit gaya hidup disebabkan terlebih makan dan hidup disebabkan terlebih makan dan kurang bersenam. Sikap lelaki yang lebih banyak berehat turut menyumbang kepada masalah perut buncit, terutama yang telah berkahwin. Perut buncit adalah petanda awal tahap kepada banyak risiko kesihatan kerana lemak yang terkumpul pada pinggang boleh menjejaskan fungsi organ di perut.Malah, lemak di pinggang yang juga dipanggil lemak viseral dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi, trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi dan terlalu banyak insulin. Pakar perubatan juga menggelarnya 'lemak' pembunuh'. Lemak di pinggang lebih berbahaya berbanding tempat lain kerana ia meningkatkan risiko untuk mendapat:

   *    Penyakit jantung
   *    Kencing manis
   *    Sindrom metabotik
   *    Masalah pundi kencing
   *    Tekanan darah tinggi
   *    Kanser usus


Hilang bersenam

Ada kala lelaki, terutama jenis pasif, malu hendak berjoging sendirian. Ramai cepat bosan apabila bersenam seorang diri dan akibatnya mereka berhenti melakukan senaman sebelum hasilnya boleh dilihat.

   Ini boleh diatasi dengan mengajak ahli keluarga untuk turut sama mengambil bahagian. Paling utama serapkan di dalam diri bahawa sudah tiba masanya untuk golongan lelaki berkongsi tanggung jawab dalam memastikan kesihatan diri dan keluarga.

   Perlu diingat bahawa tiada perubahan mendadak dengan bersenam. Proses membakar lemak dan membentuk otot mengambil masa. Ini  menyebabkan kebanyakannya berhenti bersenam dan hilang semangat kerana kecewa apabila tidak melihat perubahan fizikal, sama ada bentuk atau berat badan. Perubahan fizikal ini boleh dilihat jika anda melakukan senaman dengan betul. Senaman anda perlu ada beberapa komponen iaitu ketahanan, kekuatan dan keanjalan. Anda juga perlu melakukan senaman aerobik (dilakukan tanpa henti selama 20 hingga 30 minit) untuk meningkatkan kekuatan jantung.

   Anda juga boleh memilih aktiviti cergas yang boleh dilakukan bersama keluarga seperti bermain badminton, berbasikal, berenang atau berjalan cepat disekitar kawasan perumahan. Jika tidak sempat melakukan aktiviti ini pada waktu petang, anda boleh kunjungi pusat permainan yang dibuka hingga larut malam seperti gelanggang futsal atau boling. Tidak kira apa aktiviti dipilih, ia seharusnya manyeronokkan, memberi kesan positif kepada kesihatan (fizikal dan mental) serta dapat mengeratkan hubungan keluarga. Meskipun kita tidak melihat perubahan fizikal, badan kita sebenarnya mendapat kesan positif daripada senaman dilakukan. Ini termasuk pemecahan lemak, otot menjadi lebih kuat dan anjal, tekanan darah dan panas gula dalam darah menurun, keseimbangan badan meningkat dan fikiran berasa lebih tenang. 

forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget