LELAKI CENDERUNG ALAMI GANGGUAN MENTAL


TRAGEDI HITAM YANG MELIBATKAN KEHILANGAN NYAWA,AMUK DAN PERBUATAN MEMBUNUH DIRI MENJADI BERITA HANGAT KEBELAKANGAN INI.IA AKIBAT DARIPADA GANGGUAN MENTAL YANG SERING KALI DIANGGAP SUATU PERKARA YANG MEREMEHKAN.HAKIKATNYA,KIRA- KIRA 450 JUTA ORANG DI SELURUH DUNIA MENGALAMI PENYAKIT INI.


WHO menganggarkan bahawa menjelang 2020, penyakit mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar yang kemungkinan mewakili 15 peratus daripada penyakit global. Walaupun ramai beranggapan gangguan mental sering kali melibatkan kaum wanita yang begitu rapat dengan permainan emosi, namun melalui kajian mendapati golongan lelaki lebih terdedah berhadapan dengan gangguan mental.

    Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang didiagnosis sehinggalah pesakit menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi. Hampir kesemua pesakit yang murung mengalami episod mood yang rendah dan hilang aktiviti yang digemarinya sebelum ini.


  Pesakit yang dilanda kemurungan sering mengalami kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian dan mukim juga menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga dan rakan serta cubaan membunuh diri. Kesemua faktor itu juga boleh menjurus kepada satu perlakuan yang ganas termasuk membunuh.


   Seseorang yang berada dalam keadaan di luar sedar mampu melakukan perbuatan yang pelik, luar biasa, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Mereka yang melakukan (perbuatan kejam) adalah mereka yang telah lama mengalami gangguan jiwa. Biasanya, individu terbabit sudah sampai ke peringkat teruk atau psikotik sehingga kerap mengalami halusinasi.


   Apabila seseorang mengalami halusinasi, mereka seolah-olah mendengar suara-suara tertentu yang sebenarnya tidak wujud dan menyuruh mereka melakukan sesuatu yang kadangkala tidak masuk akal. Ini termasuklah suara yang menyuruh individu terbabit membunuh diri atau mencederakan atau membunuh individu  tertentu yang dianggap mengancam keselamatan mereka.


   Dalam hal ini, individu terdekat seperti ahli keluarga sama ada ibu, bapa, adik-beradik, sepupu, datuk, nenek atau saudara mara kerap menjadi mangsa. Suara-suara 'ghaib' itu muncul daripada kepercayaan kepercayaan salah terhadap sesuatu pekara. Misalnya, pelaku mempercayai  ada orang mahu membunuhnya dan kepercayaan itu mendorongnya membunuh individu tersebut sebelum dirinya menjadi mangsa.


   Selain itu, mereka yang mengalami gangguan mental kerap merawat diri sendiri dengan mengambil dadah-dadah tertentu dan ia menjadikan gangguan yang dialami bertambah teruk. Penggunaan dadah akan menyebabkan mereka kerap membayangkan benda-benda pelik dan keadaan itu lebih mendorong mereka bertindak di luar kebiasaan.


Tekanan jadi punca 

Terdapat dua faktor yang menyebabkan tekanan iaitu dalaman dan luaran. Faktor dalaman menyaksikan emosi seseorang tidak kuat. Lebih memburukkan keadaan jika sejarah keluarga menunjukkan ada di kalangan mereka pernah mengalami gangguan mental
   Faktor luaran pula melibatkan seseorang kerap memikirkan pekara yang sama berulang kali. Sehinggakan bangun tidur pada waktu pagi pun dia boleh teringatkan pekara itu. Malah , ada yang terbawa-bawa ke dalam mimpi. Keadaan itu jika tidak dirawat boleh membawa kepada kemurungan dan kesan daripada itu, mereka boleh berhalusinasi sehingga bertindak di luar kebiasaan.

   Sebagai langkah untuk merawat penyakit ini, pesakit itu sendiri harus mengambil langkah utama bagi mengelakkan gangguan tersebut berlaku. Bagaimanapun, kurangnya pendidikan mengenai aspek gangguan mental menjadikan mereka ini enggan mengakui. Ini berpunca daripada stigma sosial dalam komuniti terhadap masalah berkenaan. Ramai yang tidak mahu mendapatkan bantuan profesional kerana beranggapan mereka akan dicemuh sebagai 'gila' ataupun akan didiskriminasikan jika didiagnosis dengan gangguan mental.

    Faktor persekitaran dan perspektif budaya yang negatif terhadap ganggun mental telah menghalan ramai pesakit mendapat bantuan yang sewajarnya. Justeru, stigma dan prejudis masyarakat terhadap penyakit mental perlu dihapuskan bagi menggalakan lebih ramai pesakit menemui pakar untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan yang membolehkan gangguan mental ini dirawat.

forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget