TAMATKAN KEKECEWAAN AKIBAT EJAKULASI AWAL


 

PENAFIAN, MALU,RASA BERSALAH, HAMPA DAN RESAH,PERASAAN RENDAH DIRI MEMBELENGGU LELAKI YANG MENGALAMI MASALAH PANCUTAN MANI AWAL ATAU EJAKULASI AWAL. EJAKULASI AWAL IALAH SEJENIS MASALAH SEKS UMUM DI KALANGAN LELAKI YANG MASIH KURANG DIFAHAMI.

   Selain tahap kesedaran yang rendah, didapati ramai lelaki mempunyai tahap kefahaman yang rendah tentang ejakulasi awal ini. Ramai berpendapat ejakulasi awal dan disfungsi erektil adalah lebih kurang sama. Malah ada yang beranggapan salah bahawa ejakulasi awal boleh  dirawat  dengan menggunakan ubat bagi disfungsi erektil.


   Kombinasi faktor fisiologi dan psikologi dipercayai mempengaruhi mekanisme ejakulasi. Penyelidikan mendapati bahawa serotonin, sejenis neurotransmiter (seperti penghantar isyarat kimia dalam otak) yang juga membantu mengawal tidur dan selera, menyederhanakan mood dan mengurangkan kesakitan, memainkan peranan penting menentukan masa ejakulasi.


   Matlamat utama bagi terapi ejakulasi awal, tidak kira sama ada berbentuk farmakologi atau tingkah laku ialah untuk meningkatkan kawalan terhadap ejakulasi. Ia mungkin menghasilkan tahap kepuasan seks yang lebih tinggi bagi lelaki dan pasangannya atau mengurangkan keresahan peribadi atau masalah keintiman yang timbul.

MASALAH HARGA DIRI 

Rawatan yang betul boleh menamatkan kekecewaan yang dialami penghidap ejakulasi awal dan juga pasangan seks mereka. Malangnya, situasi bertambah buruk kerana doktor dan pesakit tidak membingcangkan pekara berhubung seks seperti yang sepatutnya kerana rasa malu atau kerana tanggapan buruk yang dikaitkan dengannya.

Antara rawatan yang disarankan adalah komunikasi antara pasangan, pendidikan psikoseksual, strategi pemikiran dan perbuatan. Ini termasuk beberapa teknik seperti 'stop start' iaitu berhenti, kemudian mula.Selain itu, 'squeeze' iaitu tahan pancutan dengan memegang atau memicit dan 'stop-pause' iaitu berhenti dan tunggu.


   Kaum lelaki perlu sedar bahawa ejakulasi awal adalah masalah perubahan yang boleh menjejaskan hubungan intim dan kualiti kehidupan. Ini bukan sahaja suatu masalah yang menyentuh soal harga diri atau kejantanan tetapi juga memberi kesan besar terhadap kepuasan wanita dan juga hubungan secara keseluruhannya.


   Lelaki tidak harus terus menderita dalam diam hanya kerana bimbang dipandang serong atau rasa malu. Mereka perlu sedar  bahawa untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan, mereka tidak seharusnya membiarkan masalah yang boleh dirawat menjejaskan keupayaan mereka menikmati hubungan seks yang memuaskan dengan pasangan mereka.

forextrg

Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget