Asas Forex

InstaForex

Apa Itu Forex


Forex "Foreign Exchange" ialah pertukaran matawang asing.Ia juga dipanggil spot market. Pertukaran matawang melibatkan lebih kurang 4500 bank dari seluruh dunia. Tiada headquarters (HQ) atau satu lokasi yang tertentu untuk melakukan transaksi pertukaran matawag.

Semua transaksi jual beli dan pertukaran matawang dilakukan secara online melalui internet. Transaksi harian melibatkan 1.5 trillion US Dollar. Forex dibuka dengan pelabor-pelabor kecil sejak tahun 1995. Pelabur-pelabur kecil boleh berurusan dalam forex melalui 2 jenis akaun iaitu regular dan mini dengan penggunaan leverage

MataWang (pair)

Mata wang yang di tawarkan seperti berikut.


Matawang terbahagi kepada 2 iaitu major dan minor. Major ialah matawang yang paling kerap diperdagangkan iaitu USD,EUR,GBP,CHF,JPY,AUD & CAD. Minor ialah matawang-matawang selain daripada matawang major.

Currency pair pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu major pair dan cross pair.

Major pair ialah semua currency pair yang salah satu pair merupakan USD. Semua currency pair yang berpasangan dengan USD dipanggil major pair. 4 major pair yang paling utama ialah EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF.

Cross pair ialah semua currency pair yang tidak berpasangan dengan USD. Contohnya EUR/JPY, ERU/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan sebagainya.

Perbezaan FOREX dan SAHAN 





Trading Session

Terdapat 3 sessi trading yang paling utama iaitu Tokyo, London dan New York. Berikut adalah waktu trading bagi setiap sessi dalam waktu malaysia


Market paling aktif apabila 2 sessi bertembung iaitu sessi Tokyo - London (4 - 5 petang) dan sessi London - New York (8 malam - 1 pagi).



Bagaimana trader mendapat untung? 



Untung dikira menggunakan konsep asas perniagaan itu; Untung = Beli harga rendah (buy low) dan jual dengan harga (sell high. Untuk contoh di atas ini, katakan kita beli pada harga 1,3012, dan setelah harga naik sehingga 1,3106, kita jual matawang tersebut. Oleh itu,kita telah untung 44 pip (1,3106 - 1,3012 = 94)

Trader mendapat untung dengan mengumpul pip. Pip ialah pergerakan price sebanyak 0.0001 atau 0.01 bergantung kepada currency pair yang anda pilih. Nilai 1 pip bergantung kepada jenis akaun lot yang anda gunakan

Jenis-jenis market

Terdapat 2 jenis market iaitu Bullish & Bearish.

Bullish

Bullish bermaksud market sedang menaik atau uptrend. Trader inginkan harga naik lebih tinggi. Dalam market bullish, trader akan beli dahulu pada harga rendah (buy low first) dan jual. kemudian pada harga tinggi (sell high later) untuk mendapatkan untung. Pergerakan market adalah menaik atau dipanggil rallying. Position anda untuk market bullish ialah BUY atau LONG

Gambar di bawah ini menunjukkan graf EUR/USD. Pada poin A, trader buy EUR/USD pada harga 1.4350. kemudian harga naik sehingga poin B, dan trader sell EUR/USD pada harga 1.4414. Di sini trader mendapat untung 64 pip. Pada poin C,trader buy EUR/USD pada harga 1,4384 dan sell pada poin D, iaitu pada harga 1.4433. Di sini trader untung 49 pip.



Bearish

Bearish bermaksud market sedang menurun atau downtrend. Trader inginkan harga turun lebih rendah. Dalam market bearish, trader akan jual dahulu pada harga tinggi (sell high first) dan beli kemudian pada harga rendah (buy low later) untuk mendapatkan untung.Konsep tetap sama,buy low dan sell high, cuma turutannya berbeza. Pergerakan market adalah menurun atau dipanggil dipping. Position anda untuk market bearish ialah SELL atau SHORT

Gambar di bawah menunjukkan graf EUR/USD. Pada poin A, trader sell EUR/USD pada harga 1.4240. Kemudian harga turun sehingga poin B, dan trader buy EUR/USD pada harga 1.3455.Di sini trader mendapat untung 78 pip. Pada poin C,trader sell EUR/USD pada harga1.3787 dan buy pada poin D, iaitu pada harga 1.2940.Disini trader untung 84 pip. Konset bearish ialah jual dahulu dan beli kemudian.Tetapi anda mungkin akan menganggap kita seolah olah seperti menjual barang yang kita tiada. Konsep ini tidak sama dengan menjual barang dan tidak bermaksut menjual barang yang tiada. Konsep ini akan diterangkan kemudian



InstaForex

Anda boleh melakukan 2 pekara sahaja iaitu BUY atau SELL. Anda perlu mengenalpasti sama ada market BULLISH atau BEARISH. Jika market bullish, anda akan masuk position BUY dan jika market bearish, anda akan masuk position SELL


Konsep BUY dan SELL

Sila lihat graf di bawah. Dalam market bullish, contohnya graf USD/CHF, anda akan buy dahulu pada harga yang rendah, dan sell kemudian pada harga yang lebih tinggi. Apabila anda BUY, sebenarnya anda buy USD, pada harga rendah dan sell CHF pada harga tinggi.


Dalam market bearish, contohya graf USD/CHF, anda akan sell dahulu pada harga yang tinggi, dan buy kemudian pada harga yang lebih rendah. Apabila anda SELL sebenarnya anda sell USD pada harga tinggi dan buy pada harga rendah. Contoh currency pair: EUR/USD Jika anda masuk position BUY EUR/USD, bermakna anda akan buka position BUY/LONG. Ini bermakna, anda akan buy EUR pada harga rengah dan apabila harga naik, anda akan close position anda, iaitu anda akan sell USD pada harga tinggi. Cuba lihat persamaan di bawah ini.

Persamaan B = Persamaan C, kerana kedua-dua persamaan mempunyai komponen yang sama dan menghasilkan proses yang sama iaitu buy USD dan sell EUR, cuma turutan sahaja yang berbeza - Persamaan B = Persamaan C - Persamaan EUR/USD = Long USD/EUR - Sell EUR dahulu, buy USD kemudian = buy USD dahulu, sell EUR kemudian

Currency pair USD/EUR tidak ditawarkan oleh broker. Oleh itu jika kita ingin membeli USD dan menjual EUR (iaitu buy USD/EUR), anda boleh sell EUR/USD kerana proses sama. Sell atau short hanyalah satu konsep, bukannya anda menjual barang yang anda tiada.

Pip Pip merupakan unit ukuran bagi pergerakan harga. Jika harga naik daripada 1.9005 ke 1.9004, dikatakan telah naik 1 pip. Apabila harga turun daripada 1.9005 ke 9004, ia dikatakan telah turun 1 pip. 1PIP - 0.0001 atau 0.01 unit pergerakan bergantung kepada currency pair yang anda pilih


Dalam rajah di atas ini GBP/USD mempunyai unit ukuran 0.0001 untuk 1 pip


Dalam rajah di atas ini USD/JPY mempunyai unit ukuran 0.001 untuk 1 pip

Lot Margin dan Leverage


Terdapat 2 jenis akaun yang ditawarkan oleh broker iaitu akaun regular dan akaun mini. Setiap transaksi atau urusniaga jual beli adalah dalam bentuk lot. Nilai 1 lot adalah berbeza untuk akaun regular dan akaun mini.
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara kedua-dua jenis akaun mengikut standard leverage iaitu 1:100 (leverage akan diterangkan dalam topit yang seterusnya)


Jika anda ingin membuka akaun regular atau mini, anda perlu ada sekurang-kurangnya 3 atau 4 lot. Jika anda ingin membuka akaun regular, dan broker mengenakan syarat minimum 4 lot untuk membuka akaun regular, maka anda perlu ada modal sebanyak 4000 USD kerana nilai 1 lot ialah 1000 USD.
Setiap kali anda trade atau membuat transaksi jual/beli, anda akan menggunakan sebahadian daripada modal anda. Ini dipanggil margin. Jika anda mempunyai modal sebanyak 5000 USD, anda menggunakan 1000 USD sebagai margin untuk anda trade. Selebihnya, 4000 USD digunakan sebagai reserve atau back-up margin

Leverage

Laverage mempunyai konsep yang sama seperti pinjaman.
Apabila anda trade 1 lot untuk akaun regular, size lot itu ialah 100,000 USD dan bermakna anda memerlukan modal sebanyak 100,000 USD untuk melakukan transaksi jual/beli currency pair.
Tetapi dengan adanya leverage, anda tidak perlu ada modal sebanyak itu, leverage adalah seperti pinjaman, di mana kita perlu ada 1% daripada modal keseluruhan.

Leverage yang standard ialah 1:100. Ia bermaksud anda hanya perlu ada 1/100 atau 1% daripada jumlah sebenar. 1% ialah modal anda sendiri, 99% dipinjamkan oleh broker anda

Contoh pengiraan:

Akaun Regular: 100,000 USD Leverage: 1:100 -Ini bermakna anda perlu ada 1% daripada 100,000 USD untuk 1 lot 1% x 100,000 USD = 1000 USD Oleh itu nilai 1 lot untuk akaun regular = 1000 USD


Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa apabila leverage semakin tinggi semakin tinggi pinjaman yang diberikan kepada anda dan semakin kurang modal yang perlu anda sediakan untuk 1 lot.
Untuk semua leverage yang berbeza - beza, nilai 1 pip tetap sama bagi 1 lot. Jika akaun mini, 1 pip untuk 1 lot 1 USD dan 1 pip untuk 1 regular lot ialah 10 USD.

Katakan anda mempunyai modal 1000 USD dan anda ingin membuka akaun mini, 1 mini lot = 100 USD. Dengan modal 1000 USD, anda boleh mendapat 10 lot. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan leverage dengan menggunakan modal 1000 USD.


Dengan modal 1000 USD, katakanlah anda menggunakan 100 USD margin untuk anda trade


Laverage yang besar akan memberi pulangan yang besar kepada anda.Risiko juga semakin besar. Oleh itu, penggunaan laverage yang besar memerlukan money management yang betul.
Forex Quotes
Forex Quotes terdiri daripada 2 matawang. Matawang di sebelah kiri dipanggil Base Currency dan matawang di sebelah kanan dipanggil Quote atau Counter Currency


Apabila anda BUY sesuatu currency pair, sebenarnya membeli Base Currency dan jika anda SELL, bermakna anda menjual Base Currency.

EUR/USD Bid = 1.2675 Ask = 1.2679
EUR/JPY Bid = 118.16 Ask = 118.20
GBP/USD Bid = 1.8721 Ask = 1.8728
USD/CHF Bid = 1.2499 Ask = 1.2509
USD/CAD Bid = 1.1175 Ask = 1.1182
AUD/USD Bid = 0.7458 Ask = 0.7463



Forex Quotes terdiri daripada 2 harga iaitu BID dan ASK.
Pembeli akan membeli pada harga yang rendah. Harga yang rendah ini dipanggil BID. (Buyer is BIDDING at lower price).
Penjual akan menjual pada harga tinggi. Harga yang tinggi ini dipanggil ASK. (Seller is ASKING for a high price).
Spread ialah perbezaan di antara BID dan ASK. Dalam gambar di atas,spread bagi EUR/USD ialah 4 pip.
Spread ialah bayaran yang dikenakan oleh broker ke atas setiap transaksi jual/beli yang dilakukan oleh trader.


Pengiraan Untung dan Rugi

 

Pengiraan 1

Pengiraan untuk Major Pair xxx/USD (EUR/USD, GBP/USD, AUD/USD, NZD/USD) Formula 1 pip = size lot x 0.0001
Contoh1 : 1 mini lot EUR/USD
1 PIP = 10,000 USD X 0.0001 = 1 USD

Contoh 2 : 1 regular lot GBP/USD
1 PIP = 100,000 USD X 0.0001 = 10 USD


Pengiraan 2

Pengiraan untuk Major Pair USD/XXX (USD/CHF, USD/JPY, USD/CAD) Formula


Pengiraan 3

Pengiraan untuk Cross Pair (EUR/JPY, GBP/JPY, GBP/CHF dan lain-lain)



Contoh 1: mini lot EUR/JPY (katakan harga EUR/USD ialah 1.2700 dan harga semasa EUR/JPY ialah 149.74
1 pip = 10.000 USD x 0.01 x 1.2700 / 149.74 = 0.84 USD

Contoh 2: regular lot GBP/CHF (katakan harga GBP/USD ialah 1.8700 dan harga semasa GBP/CHF ialah 2.3438)
1 pip = 100,000 USD X 0,0001 X 1.8700 / 2.3438 = 7.97 USD


Jenis-Jenis Order

 

Market Oder

Market order ialah sejenis order untuk BUY atau SELL pada harga semasa

Limit Order (Take Profit Order)

Limit order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan berapa banyak keuntungan yang anda mahu dengan meletakkan harga tertentu untuk anda close position anda.

Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil untung sebanyak 20 pip. Anda boleh set Limit Order atau Take profit anda pada harga 1.8020. Apabila harga naik mencecah 1.8020, position anda akan ditutup secara automatik.

Stop Oder (Stop Loss Oder)

Stop Loss order ialah sejenis order di mana anda menetapkan berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung.

Katakan anda BUY GBP/USD pada harga 1.8000 dan ingin mengambil untung sebanyak 20 pip. Jika harga naik anda akan untung. Tetapi jika harga turun lebih rendah daripada 1.8000 anda akan rugi. Dengan menggunakan Stop Loss order, anda boleh tetapkan berapa pip anda sanggup rugi. Jika anda sanggup rugi 20 pip sahaja, anda boleh letakkan Stop Loss order pada 1.7980. Apabila harga turun sampai 1.7980 position anda akan di tutup dan anda akan rugi 20 pip sahaja.
Jika anda tidak meletakkan stop loss, anda mungkin akan rugi lebih daripada itu.


Buy Stop dan Buy Limit Order

Buy Stop order ialah sejenis order untuk anda BUY pada mana-mana harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.
Buy Limit order ialah order ialah sejenis order untuk anda BUY pada mana-mana harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.

Sell Stop dan Sell Limit Order

Sell Limit order ialah sejenis order untuk anda SELL pada mana-mana harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.
Sell Stop order ialah sejenis order untuk anda SELL pada mana-mana harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.

Jenis-Jenis Trader

 

1: Scalping

Menggunakan teknik scalping iaitu mengambil profit yang sedikit, selalu kurang daripada 10 pip untuk dalam sehari.
Mendapat untung yang banyak apabila membuka banyak position dan mengumpul jumlah pip yang sedikit bagi setiap position.

2: Swing Trader

Position dibuka lebih daripada 24 jam, mungkin 2 hati, 2 minggu, 2 bulan atau sebagainya.
Merupakan mid-term & long-term trader.
Meraka lebih suka trade mengikut arah trend, terutamanya trend yang besar (major trend pada hour atau daily dan sebagainya).
Trader akan dikenakan daily interest apabila position mereka dibiarkan/dibuka melebihi tempoh 24 jam.

2: Day Trader

Position dibuka tidak lebih daripada 24 jam
Dua Cara Mendapatkan Untung

Cara 1: Luck/Tuah
Anda bertuah dan bernasib baik jika anda mendapat untung daripada trading anda, tetapi anda tidak tahu apa yang anda lakukan. Nasib tidak akan menyebelahi kita sepanjang masa. Akan sampai masa di mana anda tidak bernasib baik dan hilang semua modal anda.

Cara 2: Mentor
Anda belajar melalui mentor/guru dan mendapat maklumat yang betul tentang semua aspek mengenai FOREX. Paling penting, anda harus belajar 2 pekara iaitu:
belajar bila waktu yang sesuai untuk anda enter position dan bagaimana caranya dan belajar bila waktu yang sesuai untuk anda close position dan kenapa anda close position tersebut.

InstaForex

Post a Comment

Terima kasih banyak2 tuan.
penerangan ini MUDAH utk saya memahaminye
masa bila utk "BUY" dan
masa bila utk "SELL"
dah byk blog saya baca namum bertambah pening.
penerangan mereka seolah2 trader yg baca tu
dah pro... sedangkan hakikatnye new trader yg
mencari info tu masih terkial2 utk memahaminye
bila nak jual bila nak beli.
Saya SALUTE penerangan tuan yg ringkas dan mudah faham.

Terima kasih banyak2 diatas penerangan tuan
penerangan tuan mudah utk difahami dan ringkas
serta jelas

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget