Bollinger Band


Diciptakan oleh John Bollinger pada awal 1980 an untuk membantu membandingkan nilaian dan harga relatif dalam sesuatu masa. Bollinger bands terdiri daripada tiga buah garisan yang membentuk alunan terhadap pergerakan harga seperti ditunjukkan di dalam gambarajah di bawah. Garisan tengah pada Bollinger Bands adalah merupakan garisan moving average yang biasa digunakan. Dengan adanya Bollinger Bands ianya sedikit sebanyak membantu para pelabur untuk melihat dan menilai keadaan arah pasaran sesuatu matawang. Perhatikan gambar berikut:



SETTING

Langkah 1


Klik pada INSERT kemudian INDICATOR kemudian TREND kemudian BOLLINGER BANDS dan akan keluar box pada skrin kamu



Lamgkah 2


Klik pada PARAMETERS dan kamu ikut setting berikut

Period = 20

Shift = 0

Deviation = 2

Apply To = Weighted Close

Style = White



Langkah 3


Klik pada LEVELS dan kamu ikut setting berikut

Style = Silver



Langkah 4


Klik pada VISUALIZATION dan kamu ikut setting berikut:

Klik pada box ALL TIMEFRAMES dan SHOW IN DATA WINDOW



Anda boleh lihat video di bawah ini untuk lebih jelas


[youtube src="pZG6nDvioeA"][/youtube]


KAEDAH PENGUNAAN


Memang tidak dinafikan setiap indicator yang dihasilkan sememangnya ada tujuan dan berpotensi untuk memberikan pertunjuk kepada para pelabur di dalam membantu mereka untuk membuat keputusan yang bijak dan tidak menjerat mereka. Begitu juga dengan fungsi kerja yang ditunjukkan oleh Bollinger Band ini. Ia juga merupakan salah satu cara dan teknik yang dapat membantu para pelabur untuk memasuki sesuatu pasaran samada SELL atau BUY.

Bagaimana Bollinger Bands ini dapat membantu para pelabur? Saya akan terangkan di dalam bab ini bagi membantu kamu semua menggunakan Bollinger Bands ini sebagai salah satu indicator semasa kamu berurusniaga. Walaubagaimanapun Bollinger Bands ini juga mempunyai kelemahan kerana sekiranya pergerakan matawang itu agak perlahan maka agak sukar untuk menentukan corak sebenar yang diarahkan oleh Bollinger Bands. Ini sedikit sebanyak boleh mengelirukan para pelabur kerana FALSE SIGNAL yang dihasilkan ini. Oleh yang demikian Bollinger Band ini tidak juga sesuai digunakan secara sendirian dan ianya perlu digabungkan dengan indicator lain yang telah diterangkan bagi memberikan ketepatan pada analisa kamu semua. Bagaimana saranya menggunakan indicator ini? Saya akan terangkan seperti gambarajah di bawah:-





OPEN SELL POSITION


Untuk memastikan kamu membuka position SELL dengan betul, pastikan kamu perhatikan betul-betul pada setiap garisan Bollinger Bands.

  • Sekiranya Candlestick Bullish menjejaki garisan atas (UPPER BAND) seperti gambarajah dan berlaku reversal pada candlestick berikutnya maka kamu boleh buka position SELL pada waktu candlestick bearish itu terbentuk.
  • Begitu juga pada garisan pertengahan (MIDDLE BAND), sekiranya candlestick billish terhasil dan menjejaki garisan pertengahan Bollinger Bands maka kamu boleh standby untuk buka SELL position dengan syarat berlaku reversal pada candlestick berikutnya dari bullish kepada bearish.
  • Melalui kaedah Bollinger Bands ini kamu agak sukar untuk menentukan atau memperolehi keuntungan pip secara maksimun melainkan kamu merujuk pada indicator yang lain sebagai sokongan untuk kamu menutup position SELL tadi.
  • Walaubagaimanapun sekiranya kamu telah memasuki SELL position sewaktu candlestick menjejaki garisan atas atau pertengahan maka kamu boleh menutup position SELL setelah candlestick berikutnya menjejaki garisan pertengahan (bagi yang membuka SELL pada garisan atas) atau bawah (bagi yang membuka SELL pada garisan pertengahan).
  • Sekiranya kamu membuka SELL position pada garisan atas (UPPER BAND) dan berlaku penurunan melepasi garisan pertengahan (MIDDLE BAND) maka kamu boleh hold position kerana ada kemungkinan akan berlaku pergerakan penurunan lebih drastic akan berlaku. Maka kamu memperolehi keuntungan yang cukup besar dan lumayan pada waktu itu.

OPEN BUY POSITION


Sekiranya Candlestick Bearish menjejaki garisan atas (LOWER BAND) seperti gambarajah dan berlaku rebounce pada candlestick berikutnya maka kamu boleh buka position BUY pada waktu candlestick bullish itu terbentuk.

  • Begitu juga pada garisan pertengahan (MIDDLE BAND), sekiranya candlestick bullish terhasil dan menjejaki garisan pertengahan Bollinger Bands maka kamu boleh standby untuk buka BUY position dengan syarat berlaku rebounce pada candlestick berikutnya dari bearish kepada bullish
  • Melalui kaedah Bollinger Bands ini kamu agak sukar untuk menentukan atau memperolehi keuntungan pip secara maksimun melainkan kamu merujuk pada indicator yang lain sebagai sokongan untuk kamu menutup position BUY tadi.
  • Walaubagaimanapun sekiranya kamu telah memasuki BUY position sewaktu candlestick menjejaki garisan atas atau pertengahan maka kamu boleh menutup position BUY setelah candlestick berikutnya menjejaki garisan pertengahan (bagi yang membuka BUY pada garisan bawah) atau atas (bagi yang membuka BUY pada garisan pertengahan).
  • Sekiranya kamu membuka BUY position pada garisan bawah (LOWER BAND) dan berlaku kenaik kan melepasi garisan pertengahan (MIDDLE BAND) maka kamu boleh hold position kerana ada kemungkinan akan berlaku pergerakan menaik lebih drastic akan berlaku. Maka kamu memperolehi keuntungan yang cukup besar dan lumayan pada waktu itu.



PERHATIAN YANG PERLU DIAMBIL




Bollinger Bands ini ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun Bollinger Band ini perlu juga ditambah dengan indicator-indicator lain bagi memberi ketepatan pada urusniaga kamu. Apa yang menjadi permasalahan pada Bollinger Band ini adalah pada ketika berlakunya ‘BOLINGGER SQUEEZE’ dimana candlestick ini akan hanya tertumpu pada satu tempat sahaja seperti ditunjukkan dalam gambarajah di atas. Pada waktu sedemikian, matawang berkenaan berpotensi untuk BREAKOUT samada naik mendadak atau turun mendadak. Seperti mana kamu lihat pada gambarajah berlaku penurunan mendadak selepas candlestick bearish melepasi garisan bawah (LOWER BAND), Maka kamu boleh dikirakan sebagai beruntung kerana mendapat laba yang cukup besar di atas pengerakan mendadak ini. Bagi mengelakan sebarang permasalahan kamu dinasihati menggunakan Bollinger Band ini pada TIMEFRAME yang lebih besar seperti H1, H4, D1, W1 dan MN. Dibawah ini saya senaraikan apakah kebaikan, keburukan dan keadaan terbaik untuk memaksimakan penggunakan teknik ini:-

  • Masuk position SELL setelah berlaku reversal pasa candlestick pada UPPER BAND.
  • Masuk BUY setelah berlaku rebounce pada candlestick pada LOWER BAND.
  • Kekalkan kedudukan SELL atau BUY sekiranya candlestick melepasi MIDDLE BAND.

  • Mengambil profit setelah kamu merasakan SELL atau BUY position kamu telah menjejaki MIDDLE BAND bagi keadaan di mana kamu membuka position SELL pada UPPER BAND atau BUY pada LOWER BAND.
  • Jangan sesekali memasuki position SELL atau BUY di pertengahan pasaran kerana pada peringkat ini ada kemungkinan berlaku perubahan trend secara mendadak.
  • Jangan sesekali bergantung harap pada Bollinger Band semata mata dengan tidak mengambil kira indicator lain.
  • Pastikan kamu merujuk pada semua TIMEFRAME bagi mengelakan sebarang kesilapan semasa memasuki trend. Mulakan dari TIMEFRAME besar dan ke bawah. Contohnya MN, W1, D1, H4, H1, M30, M15, M5 & M1.

  • TIMEFRAME terbaik boleh dijadikan sebagai rujukan adalah pada W1, D1, H4 dan H1
  • Akhir sekali yakin dengan keputusan position yang telah kamu masuki dengan mententerankan diri kamu dari berlaku pergolakan di dalam jiwa. Ikut dan yakin pada indicator yang kamu gunakan.

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget