Relative Strenght Index (RSI)


Diperkenalkan pertama kali oleh J.Welles Wilder pada tahun 1978 pada bukunya New Concepts in Techical Trading System.Nilai dari RSI berada pada kitaran 0 – 100. Oleh yang demikian ada di antara trader mengkategorikan ianya sebagai oscillator kerana prinsip oscillator adalah berkitaran (turun dan naik dari atas ke bawah). RSI sendiri merupakan indicator yang membandingkan momentum harga yakni antara nilai saat initerhadap daya tarik losses yang terjadi. Secara matematiknya RSI boleh ditulis sebagai berikut:


RSI = 100 / 1 + RS
dengan RS adalah RS = AG / AL


RS = Relative, merupakan ratio antara dua buah XMA yang dikecilkan AG = Average Price Gain pada selang masa yang ditentukan.Ianya diperolehi dari total gain dibahagikan dengan selang masa yang dipakai. AL = Average Price Loss pada selang masa yang ditentukan.Ianya diperolehi dari total loss dibahagikan selang masa yang dipakai.

Gambarajah di atas menunjukkan bagaimana rupa bentuk RSI ini

SETTING

Untuk setting pada indicator RSI ini kamu perlu setkan kepada 2 jenis setting iaitu RSI 14 dan RSI 3.Untuk memperolehi graf indicator seperti di atas kamu perlu melakukan beberapa langkah untuk tujuan setting pada indicator kamu.Kamu boleh mengikut kaedah setting ini:-

RSI 14

Langkah 1

Klik pada INSERT kemudian INDICATOR kemudian OSCILLATORS kemudian RSI dan akan keluar box pada skrim kamu.

Langkah 2

Klik pada PARAMETERS dan kamu ikut setting berikut:

Period = 14
Apply = Close
Style = Dodger Blue
Fixed Minimum = 0
Fixed Maximun = 100

Langkah 3

Klik pada Levels dan kamu ikut setting berikut

Level = 30
Level = 70
Level = 50
Style = Silver

Langkah 4

Klik pada VISUALIZATION dan kamu ikut setting berikut:

>Klik pada box ALL TIMEFRAMES dan SHOW IN DATA WINDOW

RSI 3

Langkah 1

Klik pada INSERT kemudian INDICATOR kemudian OSCILLATORS kemudian RSI dan akan keluar box pada skrim kamu.

Langkah 2

Klik pada PARAMETERS dan kamu ikut setting berikut:

Period = 3
Apply = Close
Style = DodgerBlue
Fixed Minimum = 0
Fixed Maximun = 100

Langkah 3

Klik pada Levels dan kamu ikut setting berikut

Level = 20
Level = 80
Level = 50
Style = Silver

Langkah 4

Klik pada VISUALIZATION dan kamu ikut setting berikut:

>Klik pada box ALL TIMEFRAMES dan SHOW IN DATA WINDOW

KAEDAH PENGGUNAAN

Melalui Indicator RSI 14 dan RSI 3 yang telah disetkan ini dapat membantu kamu untuk mengenal pasti keadaan pasaran samada telah OVERBOUGHT atau OVERSOLD.Akan tetapi kamu perlu berhati-hati dengan menjadikan kedua-dua RSI sebagai panduan kerana kedua-dua indicator RSI ini perlu berada dalam keadaan yang sama bagi membolehkan kamu untuk menentukan keadaan pasaran telah OVERBOUGHT atau OVERSOLD.Bagaimana kamu hendak mengetahui keadaan pasaran telah OVERBOUGHT atau OVERSOLD? Lihat gambarajah dibawah ini:-



OPEN SELL POSITION
  • Pastikan RSI 14 menjejaki atau melepasi line 70 keatas (sebaik-baiknya pada 70 – 75) dan RSI 3 melepasi line 80 keatas (sebaik baiknya pada point 90 – 95).
  • Keadaan kedua-dua RSI 14 dan RSI 3 ini mestilah berada pada tahad selari di antara satu sama lain pada tadah maksimun seperti yang dinyatakan diatas
  • Sila lihat pada gambarajah di atas sebagai panduan dan rujukan
  • Sekiranya salah satu RSI menghampiri overbought kamu perlu tunggu RSI berikutnya menghampiri overbought dalam erti kata kedua dua RSI ini seiring dan sekata.
  • Untuk memaksimunkan profit setelah kamu membuka position SELL kamu boleh menunggu sehingga salah satu RSI samada RSI 3 atau RSI 14 menjejaki destinasiya terlebih dahulu.Saya syorkan kamu mengambil profit apabila RSI 3 menghampiri oversold kerana factor RSI 13 tempoh masanya adalah lebih laju pergerakannya dari RSI 14

OPEN BUY POSITION
  • Pastikan RSI 14 menjejaki atau melepasi line 30 keatas (sebaik-baiknya pada 30 – 35) dan RSI 3 melepasi line 20 keatas (sebaik baiknya pada point 10 – 5).

  • Keadaan kedua-dua RSI 14 dan RSI 3 ini mestilah berada pada tahad selari di antara satu sama lain pada tadah minimun seperti yang dinyatakan diatas

  • Sila lihat pada gambarajah di atas sebagai panduan dan rujukan

  • Sekiranya salah satu RSI menghampiri oversold kamu perlu tunggu RSI berikutnya menghampiri oversold dalam erti kata kedua dua RSI ini seiring dan sekata.

  • Untuk memaksimunkan profit setelah kamu membuka position BUY kamu boleh menunggu sehingga salah satu RSI samada RSI 3 atau RSI 14 menjejaki destinasiya terlebih dahulu.Saya syorkan kamu mengambil profit apabila RSI 3 menghampiri overbought kerana factor RSI 13 tempoh masanya adalah lebih laju pergerakannya dari RSI 14

Melalu kaedah ini,kamu boleh aplikasikan pada semua TIMEFRAME yang kamu kehendaki akan tetapi timeframe paling ideal ada pada H1,N4,D1,W1 dan MN.

PERHATIAN YANG PERLU DIAMBIL



Untuk Mengelakkan dari berlaku kesilapan semasa memasuki position, di sini saya ingin memberikan beberapa petua dan teknik berkaitan RSI 14 dan RSI 3 yang perlu kamu semua patuhi:-
Pastikan kamu memasuki position buy atau sell apabila kedua-dua RSI telah menghampiri destinasi masing-masing dalam keadaan selari dan seiring seperti mana dinyatakan di atas

Sekiranya kamu memasuki buy position ikut petua di bawah ini:-

RSI 14
Pastikan RSI 14 menjejaki atau melepasi line 30 dan kebawah seelok-eloknya pada poin 25-30 DAN….
RSI 3
Pastikan RSI 3 melepasi line 20 dan kebawah seelok-eloknya pada poin 5-10
Sekiranya kamu memasuki sell position ikut petua di bawah ini:-

RSI 14
Pastikan RSI 14 menjejaki atau melepasi line 70 dan kebawah seelok-eloknya pada poin 70-75 DAN….
RSI 3
Pastikan RSI 3  melepasi line 80 dan kebawah seelok-eloknya pada poin 90-95
  • Elakkan dari memasuki position buy atau sell apabila kedua-dua RSI ini tidak menjejaki destinasi masing-masing dan tidak selari kedudukannya seperti ditunjukkan pada gambarajah di atas kerana dikhuatiri akan berlaku perubahan trend mendadak.
  • Pastikan kamu merujuk pada semua TIMEFRAME bagi mengelakan sebarang kesilapan semasa memasuki trend.Mulakan dari TIMEFRAME besar dan kebawah.Contoh MN,W1,D1,H4,M3,M15,M5 &M1.
  • TIMEFRAME terbaik boleh dijadikan sebagai rujukan adalah pada MN,W1,D1,H4 dan H1.
  • Pastikan kamu mengambil keuntungan (profit) apabila salah satu RSI telah menghampiri destinasi.Di sini saya syorkan kamu mengambil profit apabila RSI 3 menghampiri overbought atau oversold kerana factor selang masa yang lebih laju dari RSI 14
  • Bagi mengelakan dari berlakunya FALSE SIGNAL pada pertengahan trend seperti gambarajah di atas di mana berlakunya perubahan trend pada pertengahan kedua-dua RSI maka saya syorkan kamu menunggu kedua-dua RSI ini menghampiri pada kedua-dua destinasinya seperti mana diterangkan di atas
  • Akhir sekali yakin dengan keputusan position yang telah kamu masuki dengan mententeramkan diri kamu dari berlaku pergolakan di dalam jiwa.Ikut dan yakin pada indicator yang kamu gunakan.

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget