Stochastic Oscillator


Merupakan suatu alatan yang telah dihasilkan oleh George C Lane pada akhir 50-an. Indicator ini digunakan untuk tujuan menuntukan keadaan pada harga terakhir sebelum berlakunya perubahan trend berdasarkan pada masa-masa yang tertentu. Indicator ini juga digunakan untuk mengetahui kekuatan relative harga pasaran terakhir terhadap sesuatu masa....


Secara matematik Stochastic Oscillator didefinisikan sebagai:

% K = [Resent close – Lowes low / Highest High – Lowes low] x 100 Pada period tertentu

  • Recent close = harga penutupan terakhir
  • Lowest Low = harga terendah selama period yang ditentukan
  • Highest high = harga tertinggi selama period yang ditentukan



Keadan dan rupabentuk Stochastic Oscillator


SETTING

Untuk memperolehi graf indicator seperti atas kamu perlu melakukan beberapa langkah untuk tujuan setting pada indicator kamu.Kamu boleh mengikuti kaedah setting ini:-

Langkah 1

Klik pada INSERT kemudian INDICATOR kemudian OSCILLATORS kemudian STOCHATIC OSCILLATOR dan akan keluar box pada skrin kamu.

Langkah 2

Klik pada PARAMETERS dan kamu ikut setting berikut:
  • % K period = 5
  • % D period = 3
  • Slowing = 3
  • Price Fieid = Close/Close
  • MA Method = Linear Weighted
  • Fixed Minimun = 0
  • Fixed Maximun = 100

Langkah 3

Klik pada COLORS dan kamu ikut setting berikut:
  • Main = Light Sea Green
  • Signal = Red

Langkah 4

Klik pada LEVELS dan kamu ikut setting berikut:
  • Level = 30
  • Level = 70
  • Levei = 50
  • Style = Silver

Langkah 5

Klik pada VISUALIZATION dan kamu ikut setting berikut:
  • Klik pada box ALL TIMEFRAMES dan SHOW IN DATA WINDOW

KAEDAH PENGGUNAAN

Bagaimana kaedah penggunakan SIOCHATIC OSCILLATOR? Sebenarya kaedah penggunakan tidaklah terlalu sukar kerana dari kaedah ini kamu boleh mengetahui keadaan pasaran pada waktu itu samada telah OVERBOUGHT atau OVERSOLD.

Untuk mengetahui sesuatu pasaran telah OVERBOUGHT atau OVERSOLD tidak berapa sukar.Dengan adanya SIOCHATIC OSCILLATOR kamu boleh menentukannya. Apabila sesuatu SIOCHATIC OSCILLATOR telah menghampiri atau melepasi garisan 70 maka trend pasaran pada waktu itu boleh dikatakan sebagai OVERBOUGHT dan apabila ia menghampiri atau melepasi line 30 maka trend boleh diangap sebagai OVERSOLD

Untuk memastikan kamu tidak tersalah langkah atau pertimbangan semasa untuk membuka sebarang position samada BUY atau SELL, kamu di nasihatkan supaya memastikan criteria  ini di patuhi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan



OPEN BUY POSITION
  • Pastikan Stochatic Oscillator jejak permukaan lantai dalam erti kata lain pastikan stoch sampai pada garisan 0
  • Pastikan stoch bersilang dari garisan 0 baru kamu masuk atau buka position BUY pada pair yang kehendaki
  • Close position kamu setelah stoch tadi naik sehingga garisan 100  atau menjejski atap
  • Sekiranya stoch yang naik tadi tidak sampai pada garisan 100 dan berlaku persilangan stoch pada garisan dibawah 100 saya nasihatkan kamu terus mengambil keuntungan pada waktu itu  juga tanpa menunggu stoch menghampiri garisan 100 kerana dikhuatiri berlaku perubahan trend mendadak.Sila rujuk graf di bawah.

OPEN SELL POSITION
  • Pastikan Stochatic Oscillator jejak permukaan siling atau atap dalam erti kata lain pastikan stoch sampai pada garisan 100
  • Pastikan stoch bersilang dari garisan 100 baru kamu masuk atau buka position SELL pada pair yang kehendaki
  • Close position kamu setelah stoch tadi naik sehingga garisan 0  atau menjejaki lantai
  • Sekiranya stoch yang turun tadi tidak sampai pada garisan 0 dan berlaku persilangan stoch pada garisan diatas garisan 0 saya nasihatkan kamu terus mengambil keuntungan pada waktu itu  juga tanpa menunggu stoch menghampiri garisan 0 kerana dikhuatiri berlaku perubahan trend mendadak.Sila rujuk graf di bawah.
Melalui kaedah ini, kamu boleh aplikasikan pada semua TIMEFRAME yang kamu kehendaki akan tetapi paling ideal  ada pada H1,H4,D1,W1,dan MN


PERHATIAN YANG PERLU DIAMBIL



Untuk mengelakkan dari berlaku kesilapan semasa memasuki position, di sini saya ingin memberi beberapa petua berkaitan stochactic oscillator yang perlu kamu semua patuhi:-
  • Seelok-eloknya kamu memasuki position LONG(BUY) atau SHORT(SELL) apabila stochatic benar-benar telah bersilang di antara satu sama lain
  • Pastikan kamu memasuki position pada peringkat stochatic jejak lantai (menghampiri garisan 0 atau jejak siling(menghampiri garisan 100) sahaja.
  • Elakkan dari memasuki position LONG(BUY) atau SHORT(SELL) apabila stochastic telah melepasi garisan 50 tidak kira samada stoch berkenaan masih menurun atau menaik.Dikhuatiri akan berlaku perubahan trend mendadak.
  • Pastikan kamu merujuk pada semua TIMEFRAME bagi mengelakkan sebarang kesilapan samasa memasuki trend.Mulakan dari TIMEFRAME besar dan ke bawah.Contohnya MN,W1,D1,H4,H1,M30,M15,M5 & M1
  • Pastikan kamu mengambil keuntungan (profit) apabila berlaku bersilang stochatic berikutnya tidak kira samada stochatic berkenaan menghampiri garisan 100 atau o. Ini kerana bagi mengelakan dari berlakunya FALSE SIGNAL pada pertengahan trend sepertikan gambarajah di atas di mana berlakunya perubahan trend pada pertengahan stochatic.
  • Akhir sekali yakin dengan keputusan position yang telah kamu masuki dengan mententerankan dari berlaku pergolakan di dalam jiwa.Ikut dan yakin pada indicator yang kamu gunakan.

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget