Weighted Moving Average (WMA)


Suatu WMA adalah nilaian kepurataan didarapkan dengan factor-factor pemberat yang berbeza kepada titik-titik data berbeza. Akan tetapi secara analisis teknikal WMA mempunyai maksud yang tersendiri di mana pemberat mengalami penyusutan secara aritmatik. Pada suatu n-day WMA pada pemberat n terkini dan nilaian pemberat kedua terkini n-1 dan seterusnya sehingga ia mencapai nilaian sifar.






Apabila mengira WMA yang bersilang pada nilaian secara berturutan, ia boleh dijadikan sebagai suatu nilai amaun P2 kepada pn + 1 dengan mengeluarkan pengatas harian. WMA boleh dikira bermula dengan formula di atas tetapi langkah berturutan dengan penambahan dan penolakan, adalah bukan satu set penuh pendaraban





Pemberat WMA N = 15

Penyebut, adalah segitiga berjumlah, dan sama dengan  n(n+1) / 2


Gambarajah yang ditunjukkan di atas menunjukkan bagaimana pemberat berkurangan, daripada berat tertinggi untuk hari-hari tertentu, turun sehingga nilai sifar. Ia boleh dibandingkan dengan pemberat EMA seperti yang akan di bincangkan nanti.


Rupa bentuk WMA

SETTING

Untuk setting pada indicator WMA ini kamu perlu setkan kepada 3 jenis setting iaitu WMA5, WMA 20 dan WMA 100. Untuk memperolehi graf indicator seperti di atas kamu perlu melakukan beberapa langkah untuk tujuan setting pada indicator kamu. Kamu boleh mengikut kaedah setting ini:-

i) WMA 5



Langkah 1

Klik pada INSERT kemudian INDICATOR kemudian TREND kemudian MOVING AVERAGE dan akan keluar box pada skrin kamu.



Langkah 2

Klik pada PARAMETER dan kamu ikut setting berikut:

Period = 5

Shift = 0

MA Method = Line Weighted

Apply = Close

Style = Blue



Langkah 3

Klik pada VISUALIZATION dan kamu setting seperti berikut:

Klik pada box ALL TIMEFRAME dan SHOW IN DATA WINDOE



ii) WMA 20



Langkah 1

Klik pada INSERT kemudian INDICATOR kemudian TREND kemudian MOVING AVERAGE dan akan keluar box pada skrin kamu.

Langkah 2

Klik pada PARAMETER dan kamu ikut setting berikut:

Period = 20

Shift = 0

MA Method = Line Weighted

Apply to = Close

Style = Yellow



iii) WMA 100



Langkah 1

Klik pada INSERT kemudian INDICATOR kemudian TREND kemudian MOVING AVERAGE dan akan keluar box pada skrin kamu.

Langkah 2

Klik pada PARAMETER dan kamu ikut setting berikut:

Period = 100

Shift = 0

MA Method = Line Weighted

Apply to = Close

Style = White

Langkah 3

Klik pada VISUALIZATION dan kamu setting seperti berikut:

Klik pada box ALL TIMEFRAME dan SHOW IN DATA WINDOE



KAEDAH PENGGUNAAN

WMA 5, 20 dan 100 merupakan salah satu cara dan teknik yang dapat membantu para pelabur untuk memasuki sesuatu pasaran samada SELL atau BUY. Bagaimana WMA ini dapat membantu para pelabur? Saya akan terangkan di dalam bab ini bagi membantu kamu semua menggunakan WMA ini sebagai salah satu indicator sesama kamu berurusniaga. Walaubagaimanapun WMA ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri kerana ianya boleh menjana banyak FALSE SIGNAL sekiranya kamu salah membuat tafsiran dan hanya berlandaskan kepada WMA semata-mata. WMA ini tidak sesuai digunakan secara bersendirian. Ianya perlu digabungkan dengan indicator-indicator yang lain seperti mana saya ceritakan di awal bab. Bagaimanakah caranya menggunakan indicator ini? Saya akan terangkan seperti gambarajah di bawah:-



OPEN SELL POSITION


  • Pastikan kamu membuka position SELL setelah WMA 20 (kuning) bersilang dengan WMA 5 (biru) seperti mana ditunjukkan di dalam gambarajah di atas.

  • Sekiranya WMA 20 (kuning) & WMA 5 (biru) tadi telah bersilang dan menghampiri pada WMA 100 untuk persilangan seterusnya maka kamu boleh HOLD position SELL kamu tadi kerana apabila WMA 20 (kuning) & WMA 5 (biru) bersilang pada WMA 100 (putih) maka nilai atau kadar penurunan (Bearish) akan meningkat dan bertambah dari sediaada.

  • Melalui kaedah WMA ini kamu agak sukar untuk menentukan atau memperolehi keuntungan pip secara maksimun melainkan kamu merujuk pada indicator yang lain sebagai sokongan untuk kamu menutup position SELL tadi

  • Walaubagaimanapun sekiranya kamu telah memasuki SELL position ketika WMA 20 (kuning) tadi bersilang dengan WMA 5 (biru) maka kamu boleh menutup position kamu setelah berlaku persilangan berikutnya. Ini bermakna apabila WMA 5 (biru) pula bersilang dengan WMA 20 (kuning) maka kamu perlu CLOSED position SELL tadi.



OPEN BUY POSITION


  • Pastikan kamu membuka position BUYsetelah WMA 5 (biru) bersilang dengan WMA 20 (kuning) seperti mana ditunjukkan di dalam gambarajah di atas.

  • Sekiranya WMA 5 (biru) & WMA 20 (kuning) tadi telah bersilang dan menghampiri pada WMA 100 (putih) untuk persilangan seterusnya maka kamu boleh HOLD position buy kamu tadi kerana apabila WMA 5 (biru) & WMA 20 (kuning) bersilang pada WMA 100 (putih) maka nilai atau kadar penurunan (Bullish) akan meningkat dan bertambah dari sediaada.

  • Melalui kaedah WMA ini kamu agak sukar untuk menentukan atau memperolehi keuntungan pip secara maksimun melainkan kamu merujuk pada indicator yang lain sebagai sokongan untuk kamu menutup position buy tadi

  • Walaubagaimanapun sekiranya kamu telah memasuki BUY position ketika WMA 5 (biru) tadi bersilang dengan WMA 20 (kuning) maka kamu boleh menutup position kamu setelah berlaku persilangan berikutnya. Ini bermakna apabila WMA 20 (kuning) pula bersilang dengan WMA 5 (biru) maka kamu perlu CLOSED position BUY tadi.



PERHATIAN YANG PERLU DIAMBIL



Dengan hanya bersandarkan kepada WMA 5, WMA 20 dan WMA 100 adalah tidak sesuai sama sekali. Ini kerana WMA 5, WMA 20 dan WMA 100 tidak consisten dari segi trendnya. Banyak FALSE SIGNAL mudah terbentuk melalui indicator ini. Lebih-lebih lagi apabila kamu merujuk pada TIMEFRAME yang kecil seperti M1, M5, M15 & M30. Perlu ada penambahan indicator-indicator lain sebagai FILTER atau PENAPIS bagi mengelakkan pekara ini dari berlaku. Di bawah ini saya senaraikan apakah kebaikan, keburukan dan kaedah terbaik untuk memaksimakan penggunaan teknik ini:-


  • Masuk position SELL atau BUY setelah WMA 5, WMA 20 bersilang dan kamu boleh kekalan kedudukan SELL atau BUY sekiranya WMA 5 & WMA 20 bersilang pada garisan WMA 100.

  • Mengambil profit setelah berlaku persilangan berikutnya. Sebagai contohnya katakan kamu masuk SELL position setelah WMA 20 (kuning) bersilang dengan WMA 5 (biru) maka kamu perlu tutup atau CLOSED position SELL tadi setelah berlaku persilangan berikutnya tidak kira walau apa pun terjadi pada untung rugi yang kamu hadapi. Begitulah sebaliknya pada BUY position

  • Jangan sesekali memasuki position SELL atau BUY di pertengahan WMA 5, WMA 20 & WMA 100 kerana pada peringkat ini ada kemungkinan berlaku perubahan trend secara mendadak.

  • Jangan sesekali bergantung harap pada WMA 5,WMA 20 &WMA 100 semata-mata dengan tidak mengambil kira indicator lain.

  • Pastikan kamu menggunakan indicator indicator WMA 5, WMA 20 & WMA 100 ini sekurang-kurangnya ditambahkan dengan indicator RSI atau STOCHATIC.

  • Pastikan kamu merujuk pada semua TIMEFRAME bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasuki trend. Mulakan dari TIMEFRAME besar dan ke bawah. Contohnya MN, W1, D1, H4, H1, M30, M15, M5 & M1.


  • TIMEFRAME terbaik boleh dijadikan sebagai rujukan adalah pada W1, D1, H4 dan H1.

  • Akhir sekali yakin dengan keputusan position yang telah kamu masuki dengan mententerankan diri kamu dari berlaku pergolakan di dalam jiwa. Ikut dan yakin pada indicator yang kamu gunakan.

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget