Analysis Teknikel Moving Haiken EUR/USD 08 July 2015

EUR/USD pada hari ini kelihatan pasaran telah naik melepasi pada MA 24 High. Ini menunjukkan kemungkinan besar akan berlaku perubahan trend kearah up trend. Namun begitu untuk enter position buy masih lagi berisiko tinggi. Sebaiknya tunggu sehingga berlaku persilangan antara MA24 dengan MA 168 baru sesuai untuk mengambil position BUY.



Kalau anda lihat pada MA168 menunjukkan kearah down ini bermakna trend pada minggu ini masih lagi dalam keadaan down trend. Begitu juga dengan MA 24 juga menunjukkan kearah down trend.Ini bermaksud trend pada hari ini juga dalam keadaan down trend. Dalam keadaan begini amat berisiko untuk enter position buy.


Di jangka jika pasaran naik melepasi pada tahap 1.1032 pasaran akan terus naik sampai ke tahap 1.1055. Jika seandainya pasaran dapat melepasi pada tahap 1.1055 pasaran akan terus naik menuju ke tahap 1.1110 dan kemungkinan berlakunya persilangan antara MA24 dengan MA 168 memyebabkan perubahan trend akan berlaku.

Jika pasaran turun melepasi pada tahap 1.0960 dan pada waktu yang sama candle haiken ashi tidak bersentuhan dengan MA24 low amat sesuai sekali untuk enter position SELL.
Di jangka jika pasaran turun melepasi pada tahap 1.0960 pasaran akan menuju ke tahap 1.0928 sebagai TARGET PERTAMA.

Jika pasaran dapat melepasi pada tahap 1.0928 dijangka pasaran akan terus turun menuju ke tahap 1.0898 sebagai TARGET KE DUA.

Apa-apa pun utamakan money management semasa melakukan urusniaga bagi mengelakan sebarang kemungkinan akan berlaku.Elakkan entry berlawanan trend bagi mengurangkan resiko loss.

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget