CPI Jepun Merekodkan Penurunan bagi Bulan Ke-6 Berturut-turut pada Ogos


Harga teras pengguna Jepun jatuh pada Ogos, merekodkan penurunan untuk bulan ke-6 berturut-turut dan menambah kepada tekanan yang dirasai oleh Bank of Japan sebagaimana ia kini sedang membaik pulih rangka dasar kewangannya dalam usaha untuk merangsang inflasi dua peratus dan pemulihan ekonomi

Indeks harga teras pengguna, dianggap sebagai langkah utama dalam inflasi BOJ, merosot 0.5% pada bulan Ogos tahun ke tahun. Penurunan ini adalah lebih ketara berbanding ramalan penurunan 0.4% dan sama dengan kejatuhan bulan sebelumnya.


Sementara itu, indeks inflasi teras, tidak termasuk harga makanan dan tenaga, mencatatkan sedikit kenaikkan sebanyak 0.2% dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kadar yang paling perlahan sejak September 2013.

Penurunan sebanyak 4.6% yang dicatatkan dalam laporan perbelanjaan isi rumah berbanding setahun yang lalu pada bulan Ogos adalah jauh lebih rendah daripada ramalanyang mengunjurkan penurunan 2.1%. Angka terkini menunjukkan kelemahan dalam penggunaan swasta, yang menyumbang lebih separuh daripada pendapatan ekonomi.

Pengeluaran perkilangan merekodkan bacaan paling memberansangkan ditengah-tengah kemerosotan data ekonomi, mencatatkan peningkatan sebanyak 1.5% pada bulan Ogos, jauh lebih tinggi daripada kenaikan 0.5% yang diramal oleh ahli ekonomi.

Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget