InstaForex di ShowFx World: keputusan persidangan terkini di Singapura



Sabtu lalu, pada tanggal 17 September, InstaForex telah mengambil bahagian dalam persidangan ShowFx World di Singapura. Tahun ini, syarikat InstaForex menjadi penaja platinum bagi persidangan kewangan paling berprestij dalam dunia dagangan atas talian Asia. Persidangan ini berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka, Marina Bay Sands, menghimpunkan ratusan pedagang dari Singapura, Thailand, Indonesia, Malaysia, China dan juga Eropah.
Para pengunjung berpeluang untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai pasaran Forex sebagaimana syarikat InstaForex telah menjemput penganalisis terkemuka, Harsh Japee dan pedagang profesional lain untuk berkongsi ilmu dengan pengunjung yang hadir. Selain itu, para tetamu persidangan juga berpeluang untuk bertemu dengan wakil-wakil syarikat InstaForex, mengajukan soalan penting kepada mereka dan membincangkan kerjasama yang saling menguntungkan.

Bukan itu sahaja, setiap pengunjung yang hadir juga diberikan cenderahati sebagai tanda ingatan daripada pihak syarikat seperti 'powerbank' berjenama, USB dengan logo broker, dan bonus yang bernilai AS$50-95. Para pengunjung persidangan juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam acara cabutan bertuah yang menawarkan ganjaran lumayan diantaranya tablet berjenama Apple baru serta bonus akaun dagangan yang masing-masing bernilai AS$500 dan AS$1000. Syarikat InstaForex juga telah membuat satu lagi kejutan dalam acara cabutan bertuah dengan menawarkan jersi pemain Kelab Bola Sepak Palermo dimana InstaForex adalah merupakan penaja rasmi bagi kelab bola sepak Itali itu. Salah satu jersi yang ditawarkan adalah milik Alberto Gilardino, juara berpasukan FIFA World Cup 2006

Selain itu, InstaForex juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik ke pusat persidangan secara percuma untuk pedagang-pedagang Malaysia, dan tiga daripada mereka telah terpilih sebagai pemenang bertuah di mana dua daripadanya berjaya memenangi jersi pasukan terkemuka Palermo manakala seorang lagi pemenang telah menerima bonus akaun dagangan yang bernilai AS$1,000.

ShowFx World adalah merupakan sebuah acara kewangan paling berprestij dan luar biasa dalam dunia perdagangan Forex.

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget