Wall Street Melemah Berikutan Tumpuan Terhadap Debat Presiden AS


Saham AS ditutup jauh lebih rendah, ekoran kejatuhan dalam sektor kewangan dan penjagaan kesihatan, manakala pemerhati pasaran kini sedang memberikan tumpuan penuh terhadap mesyuarat OPEC dan debat presiden AS. Purata Industri Dow Jones susut sebanyak 0.91 peratus, Goldman Sachs merekodkan penurunan paling ketara.

S&P 500 jatuh sebanyak 0.86 peratus, sekotr kewangan dan penjagaan kesihatan kedua-duanya merosot lebih daripada satu peratus. Penurunan di dalam sektor kewangan telah membawa kepada kejatuhan untuk sepuluh sektor lain dan hartanah adalah merupakan satu-satunya sektor yang mencatatakan kenaikkan. Nasdaq Composite menurun sebanyak 0.91 peratus. Indeks bioteknologi Nasdaq susut sebanyak 1.3 peratus berikutan penurunan sebanyak 2.8 peratus yang dicatatkan pada Celgene.

Kemerosotan terbesar dalam indeks kesihatan S & P 500 adalah Pfizer yang melaporkan penurunan sebanyak 1.22 peratus. Saham AS yang disenaraikan Deutsche Bank menjunam hampir 7.9 peratus ke rekod terendah $ 11,83 yang menyebabkan penurunan di antara bank-bank Wall Street berikutan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh sebuah majalah Jerman yang menyatakan bahawa Angela Merkel telah menolak bantuan negeri untuk bank. Indeks kewangan S&P menurun sebanyak 1.5 peratus, manakala Bank of Amerika dan JPMorgan masing-masing mencatatkan penuruann sebanyak 2.77 peratus dan 2.19 peratus. Indeks Bank KBW jatuh 2.12 peratus. Indeks Volatility CBOE (VIX) meningkat sebanyak 17.66 peratus.

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget