Yahoo Mengesahkan 500 Juta Akaun Penggunanya Diceroboh



Yahoo Inc memberitahu pada Khamis bahawa kira-kira 500 juta akaunnya telah digodam pada 2014 dalam apa yang didakwa sebagai serangan yang ditaja oleh kerajaan dan kecurian maklumat ini dipercayai adalah yang terbesar dalam jenayah siber dunia setakat ini.

Syarikat itu berkata bahawa penyerang siber itu mungkin telah mencuri maklumat peribadi, termasuk nama, nombor telefon, tarikh lahir dan kata laluan (yang dilindungi). Walau bagaimanapun, Microsoft memberikan jaminan bahawa maklumat sensitif dan penting seperti data akaun bank dan maklumat kad kredit tidak terjejas dalam kes pencerobohan maklumat itu.

Yahoo tidak mendedahkan identiti “penceroboh ditaja kerajaan”, atau penggodam yang bekerja bagi pihak kerajaan asing, yang melakukan serangan tersebut. Pada Khamis, dengan pengumuman ini juga, Yahoo! meminta semua pengguna yang tidak mengubah kata laluan sejak daripada 2014 yang lepas supaya mengubahnya serta-merta.

Serangan itu dibuat selepas syarikat telekomunikasi Verizon membeli Yahoo dengan nilai $ 4.8 bilion pada Julai lalu. FBI melaporkan bahawa ia kini sedang menyiasat kes pencerobohan data ini.

Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget