Kegagalan Galaxy Note 7 Mempengaruhi Keuntungan Suku Ketiga Samsung

Samsung Electronics Co. Ltd. melaporkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 16.8% kepada 4.54 trilion won Korea atau AS$ 4.0 bilion pada suku ketiga, ekoran panggilan semula alat peranti Note 7 yang bermasalah dan pengantungan jualan telah menyebabkan pendapatan syarikat mudah alih teknologi itu mencatatkan bacaan yang paling rendah bagi tempoh hampir lapan tahun.

Samsung Electronics Co. Ltd. melaporkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 16.8% kepada 4.54 trilion won Korea atau AS$ 4.0 bilion pada suku ketiga, ekoran panggilan semula alat peranti Note 7 yang bermasalah dan pengantungan jualan telah menyebabkan pendapatan syarikat mudah alih teknologi itu mencatatkan bacaan yang paling rendah bagi tempoh hampir lapan tahun.

Keuntungan operasi mudah alih Samsung menurun sebanyak 96% berbanding tahun sebelumnya dengan 100 juta won selepas Galaxy Note 7 ditarik semula dari pasaran ekoran insiden letupan bateri yang dilaporkan terlalu panas. Syarikat itu mula mengeluarkan arahan untuk menarik balik alat peranti Note 7 pada 2 September dan akan menggantikannya dengan unit lain, walau bagaimanapun syarikat kemudiannya memutuskan untuk mengantung penjualan telefon pintar itu pada 11 Oktober sebagaimana isu letupan bateri masih berlaku walaupun ia telah ditukar kepada peranti gantian baru.

Jumlah keuntungan operasi bagi suku ketiga menjunam 30% kepada 5.2 trilion won, penurunan ketara daripada hampir 7.4 trilion won setahun lalu. Sementara itu, hasil pendapatn merosot sebanyak 7.5% kepada 47.82 trilion won. Syarikat Korea Selatan itu pada mulanya mengunjurkan 7.8 trilion keuntungan tetapi ia telah dikurangkan, menyesuaikan angka untuk menunjukkan kerugian yang dialami daripada penarikan balik Note 7.

Walau bagaimanapun, syarikat itu mempunyai prospek optimis bagi suku keempat dan meramalkan bahawa jumlah pendapatan akan pulih dan untuk mencapai tahap yang sama pada suku keempat 2015.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut…

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget