Majoriti Saham Asia Meningkat Berikutan Saham Tenaga

Kebanyakan saham Asia melonjak naik didorong oleh pengukuhan saham tenaga manakala kemungkinan perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah telah menjana lebihan global dimana minyak mentah kini diniagakan di atas paras harga AS$ 51 setong. Indeks MSCI Asia Pacific diniagakan mendatar, berikutan lebih daripada dua saham meningkat bagi setiap kejatuhan saham.

Indeks Topix Jepun meningkat ke paras tinggi empat bulan kepada 0.7 peratus, didorong oleh kerugian yen pada hari dagangan pertama pada penanda aras ekuiti. Saham Samsung Electronics Co. turun sebanyak hampir 5.7 peratus, yang juga mendorong penurunan Kospi Korea Selatan sebagaimana ia mencatatkan penurunan sebanyak 0.7 peratus. Indeks S&P/ASX 200 Australia meningkat 0.3 peratus, ditarik naik oleh pengeluar tenaga dan saham perlombongan. Indeks S&P/NZX 50 New Zealand meningkat 0.4 peratus. Indeks Komposit Shanghai naik 0.3 peratus. Indeks Hang Seng Hong Kong diniagakan mendatar manakala Indeks China Enterprises Hang Seng meningkat 0.2 peratus.

Nilai yuan luar pantai menurun 0.1 peratus kepada 6.7235 per dolar berbanding dolar AS. Manakala nilai Yuan pesisir diniagakan susut 0.1 peratus dan mencecah pada paras 6.7128 per dolar.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget