Nikkei Jepun Melemah Menjelang Laporan Pekerjaan AS

Purata saham Nikkei susut 0.2% kepada 16, 867.35 selepas merekodkan keuntungan selama empat hari berturut-turut pada Jumaat apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada laporan pekerjaan AS yang dijadualkan akan dikeluarkan pada har ini, salah satu ...


Purata saham Nikkei susut 0.2% kepada 16, 867.35 selepas merekodkan keuntungan selama empat hari berturut-turut pada Jumaat apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada laporan pekerjaan AS yang dijadualkan akan dikeluarkan pada har ini, salah satu faktor penting yang berpotensi untuk mempengaruhi keputusan kenaikkan kadar faedah oleh Bank Pusat AS. Laporan ekonomi ini juga boleh menjadi asas kepada hala tuju jangka pendek aset pasaran berisiko.

Walaupun diniagakan dalam aliran menurun, indeks masih terikat untuk meningkat sebanuyak 2.5% pada minggu ini, yang dirangsang oleh penurunan mendadak dalam nilai yen berbanding dolar. Dolar AS diniagakan pada paras harga 103.600 yen pada Jumaat selepas meningkat di atas paras 104 yen pada Khamis.

Sektor runcit di Tokyo, mencatatkan penurunan dalam pendapatan daripada beberapa buah syarikat dalam industri, jatuh sebanyak 1.6%.

Topix susut 0.3% kepada 1, 349.75 manakala Nikkei JPX-Index 400 merosot 0.3% kepada 12, 091.33.

Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget