Nikkei Melanjutkan Kenaikkan Berikutan Kelemahan Yen

Purata saham Nikkei Jepun meningkat untuk sesi keempat berturut-turut pada hari Khamis, melonjak naik sebanyak 0.8% kepada 16, 949.51 mata berikutan kelemahan mata wang yen...



Purata saham Nikkei Jepun meningkat untuk sesi keempat berturut-turut pada hari Khamis, melonjak naik sebanyak 0.8% kepada 16, 949.51 mata berikutan kelemahan mata wang yen yang didorong oleh selera risiko pelabur. Ia juga didorong lebih tinggi oleh keuntungan dalam saham kitaran seperti kewangan dan pengeksport.

Sementara itu, Fujitsu Ltd. melonjak sebanyak 8.6% menghampiri paras tinggi sembilan bulan berikutan laporan oleh akhbar Nikkei bahawa Lenovo Group Ltd. bakal mendapatkan bahagian PC sebagaimana firma Jepun berusaha untuk mengalihkan perhatian kepada penawaran IT dan perniagaan teras yang lain.

Saham kewangan dan pengeksport mencatatkan bacaan paling baik semasa sesi dagangan. Saham perlombongan juga mencatatkan bacaan yang menggalakkan dan menarik pembelian selepas harga minyak meneruskan pergerakkan ke paras tertinggi semasa sesi sebelumnya apabila ia telah ditarik balik oleh penurunan dalam bekalan minyak mentah AS.

JPX Nikkei-Index 400 naik 0.8% kepada 12, 161.77 manakala Topix menokok 0.8% kepada 1,357.98.

Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget