Nikkei Melonjak Ke Paras Tinggi Enam Bulan Berikutan Kelemahan Yen

Indeks Purata Saham Nikkei Jepun meningkat 0.8% kepada 17, 372.90 sewaktu dagangan pagi pertengahan, mencapai paras tertinggi sejak 28 April pada Selasa sebagaimana yen yang seamakin melemah telah meningkatkan prospek bagi pemulihan pendapatan pengeksport Jepun.

Indeks Purata Saham Nikkei Jepun meningkat 0.8% kepada 17, 372.90 sewaktu dagangan pagi pertengahan, mencapai paras tertinggi sejak 28 April pada Selasa sebagaimana yen yang seamakin melemah telah meningkatkan prospek bagi pemulihan pendapatan pengeksport Jepun.

Saham pengeksport dan perbankan telah meningkat semula dan menarik belian sebagaimana dolar mengukuh pada paras harga 104.37 yen.

Para pelabur juga bergegas untuk mendapatkan saham Kyushu Railway semasa debut pasarannya di Tokyo. Saham itu dilaporkan meningkat sebanyak 15% pada hari pertama dagangan pada prospek dividen yang kukuh dan keyakinan bahawa syarikat itu akan mendapat manfaat daripada perniagaan hartanah dan pelancongan Jepun yang semakin berkembang. Para pelabur juga kini memberi tumpuan sama ada keuntungan firma akan pulih pada separuh kedua tahun perniagaan sebagaimana pendapatan bermusim pertengahan tahun Jepun kini dilihat bergerak ke arah puncak.

Sentimen risiko dalam pasaran Jepun juga dirangsang oleh kenaikan saham AS disebabkan oleh pendapatan korporat yang kukuh.

Indeks JPX-Nikkei 400 meningkat sebanyak 0.7% kepada 12, 343.87 manakala Topix naik 0.7% kepada 1,376.45.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut…

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget