Pertumbuhan KDNK Suku Ketiga China Selari dengan Ramalan

Ekonomi China berkembang pada kadar 6.7% tahun ke tahun pada suku ketiga, meletakkan ia di landasan yang betul untuk mencapai sasaran tahun penuh kerajaan sekurang-kurangnya 6.5% pertumbuhan dan mantap dari suku pertama dan kedua tahun ini. Pada suku tahunan, KDNK China meningkat 1.8%, selaras dengan unjuran tetapi sederhana sedikit daripada tempoh sebelumnya


Ekonomi China berkembang pada kadar 6.7% tahun ke tahun pada suku ketiga, meletakkan ia di landasan yang betul untuk mencapai sasaran tahun penuh kerajaan sekurang-kurangnya 6.5% pertumbuhan dan mantap dari suku pertama dan kedua tahun ini. Pada suku tahunan, KDNK China meningkat 1.8%, selaras dengan unjuran tetapi sederhana sedikit daripada tempoh sebelumnya. Pertumbuhan ini didorong oleh perbelanjaan kerajaan yang mengukuh, pasaran hartanah yang meningkat dan pinjaman rekod tinggi yang menambah kepada kenaikkan jumlah hutang di negara ini.

Data kerajaan dikeluarkan pada Rabu adalah selaras dengan dengan unjuran ekonomi dan menunjukkan ekonomi kini stabil secara beransur-ansur walau bagaimanapun ia lebih bergantung kepada perbelanjaan kerajaan dan pasaran hartanah yang berkembang pesat untuk pertumbuhan manakala pelaburan modal swasta dan eksport terus merekdokan bacaan melemah.

Penggunaan swasta menyumbang sebanyak 71% daripada pertumbuhan KDNK dalam tiga suku pertama tahun fiskal, berbanding dengan sumbangan 66.4% untuk tahun 2015. Pelaburan dalam hartanah meningkat kepada 7.8% pada September tahun ke tahun sebagaimana jualan hartanah melonjak 34%. Pelaburan aset tetap meningkat 8.2% dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini kerana kerajaan disokong perbelanjaan infrastruktur untuk pertumbuhan ekonomi.

Sementara itu, pertumbuhan pelaburan swasta meningkat kepada 4.5% pada bulan September sebagaimana jualan runcit meningkat 10.7% tahun ke tahun pada bulan September, mengatasi peningkatan 10.6%.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget