Purata Saham Nikkei Menjunam Selepas Wall Street Jatuh Ekoran Laporan Pendapatan yang Melemah

Penanda aras purata saham Nikkei susut 0.8% kepada 16, 895.45 pada pertengahan dagangan pagi pada Rabu, menarik balik harga daripada paras tinggi lima minggu selepas Wall Street terjejas ekoran laporan korporat yang mengecewakan dan tindakan pelabur yang bersedia untuk laporan pendapatan syarikat Jepun.



Penanda aras purata saham Nikkei susut 0.8% kepada 16, 895.45 pada pertengahan dagangan pagi pada Rabu, menarik balik harga daripada paras tinggi lima minggu selepas Wall Street terjejas ekoran laporan korporat yang mengecewakan dan tindakan pelabur yang bersedia untuk laporan pendapatan syarikat Jepun.

Saham AS jatuh selepas syarikat logam Alcoa gagal mencapai ramalan suku tahun dan menurunkan unjuran pendapatannya, menyebabkan sentimen bagi pendapatan AS pada awal musim melemah.

Pada Oktober ini, firma-firma Jepun utama dijadualkan akan mengeluarkan laporan pendapatan bagi separuh pertama sehingga September. Penganalisis menjangkakan syarikat-syarikat Jepun akan mencatatkan bacaan pendapatan yang melemah berikutan pengukuhan mata wang yen, sambil menambah bahawa Nikkei berkemungkinan besar akan diniagakan diantara julat 16, 500-17, 500 pada minggu-minggu akan datang.

Bank-bank menyatakan prestasi yang melemah semasa sesi dagangan manakala pengeksport secara amnya menurun. Sementara itu, saham defensif termasuk hartanah, pembinaan dan kereta api syarikat telah menarik perhatian pembeli.

Topix susut 0.3% kepada 1, 351.96 manakala Indeks JPX- Nikkei 400 turun 0.3% kepada 12, 105.24.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget