Saham American Express Melonjak Naik pada Tinjauan Perolehan 2016

American Express Co. menyemak semula unjuran perolehan 2016 dan mencatatkan pendapatan suku ketiga yang lebih tinggi mengatasi unjuran, mendorong kepada kenaikkan saham sebanyak 5.8% dan diniagakan pada paras harga AS$ 64.71 dalam dagangan lewat.

American Express Co. menyemak semula unjuran perolehan 2016 dan mencatatkan pendapatan suku ketiga yang lebih tinggi mengatasi unjuran, mendorong kepada kenaikkan saham sebanyak 5.8% dan diniagakan pada paras harga AS$ 64.71 dalam dagangan lewat.

Syarikat kad kredit meningkatkan unjuran perolehan tahun penuhnya kepada AS$ 5.90- $ 6.00 sesaham daripada unjuran awal sebanyak AS$ 5.40- AS$ 5.90 dan menyatakan semula unjuran 2016 disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih cepat daripada jangkaan berikutan langkah-langkah pemotongan kos. AmEx, telah mengurangkan jumlah kos sekitar 3% pada Suku ke-3, bertujuan untuk menjimatkan AS$ 1 bilion menjelang akhir tahun depan.

Syarikat itu juga merancang untuk meningkatkan perbelanjaan ke atas pemasaran digital, langkah yang telah meningkatkan bilangan ahli kad baru sebnayak 1.7 juta di Amerika Syarikat pada suku tahun ini dan telah membantu syarikat itu berkembang di seluruh dunia.

Jumlah hasil AmEx susut kurang daripada yang dijangkakan, jatuh 5% kepada AS$ 7.77 bilion pada suku ketiga. Pendapatan bersih juga jatuh 10% kepada AS$ 1.11 bilion dalam tempoh sama.
Syarikat memperoleh AS$ 1.20 bagi sesaham, mengatasi anggaran penganalisis yang mengunjurkan 97 sen bagi sesaham dengan pendapatan sebanyak AS$ 7.71 bilion.
Kini anda boleh dapatkanAuto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget