Saham AS Melonjak Naik Berikutan Pengukuhan Minyak

Saham AS diniagakan lebih tinggi sebagaimana sektor tenaga mengukuh berikutan harga minyak dan laporan perolehan menawarkan tanda-tanda keuntungan baru di ban-bank. Harga minyak di Amerika Syarikat telah mencecah

Saham AS diniagakan lebih tinggi sebagaimana sektor tenaga mengukuh berikutan harga minyak dan laporan perolehan menawarkan tanda-tanda keuntungan baru di ban-bank. Harga minyak di Amerika Syarikat telah mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun sementara stok baru-baru ini bergelut untuk mengekalkan kenaikkan dengan laporan pendapatan tidak memberikan gambaran yang jelas tentang kesihatan korporat.

Dow Jones Industrial Average meningkat 0.2 peratus kepada 18202.62. S&P 500 meningkat 0.2 peratus kepada 2144.29 manakala Nasdaq Composite naik kurang daripada 0.1 peratus kepada 5246.41. Saham tenaga telah merekodkan bacaan paling baik di dalam S&P 500, meningkat sebanyak 1.4 peratus dengan harga minyak AS meningkat ke paras tertinggi sejak Julai 2015. Halliburton meningkat 4.2 peratus ke paras harga AS$ 49.07 selepas ia mencatatkan keuntungan selepas setahun penurunan. Saham kewangan S&P 500 menokok 0.8 peratus sepertimana Morgan Stanley meningkat 1.9 peratus kepada 32.93. Yahoo meningkat sebanyak 2.5 peratus kepada 42.73 manakala saham Intel susut sebanyak 5.9 peratus kepada 35.51.

Hasil penanda aras Perbendaharaan AS 10 tahun kekal pada 1.748 peratus.
Kini anda boleh dapatkanAuto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget