Saham Asia Diniagakan Bercampur-campur Ekoran Dolar Menghampiri Paras Tinggi Sembilan Bulan

Pasaran Asia diniagakan bercampur-campur berikutan prestasi yang melemah di Wall Street pada akhir minggu lalu, sebagaimana dolar menghampiri paras tinggi sembilan bulan dengan kenyataan baru dari pegawai Rizab Persekutuan yang menaikkan pertaruhan kenaikan kadar pada bulan Disember. Indeks Saham Asia Pasifik MSCI tidak termasuk Jepun menurun sebanyak 0.1 peratus.

Penanda aras Jepun, Nikkei 225 tidak berubah pada 17, 179.29 dengan yen mengukuh pada paras 103.97 berbanding dolar. Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.52 peratus manakala Indeks Hang Seng Hong Kong melonjak 0.36 peratus. Saham dari tanah besar China diniagakan positif sebagaimana komposit Shanghai meningkat 0.92 peratus dan komposit Shenzhen menokok 0.54 peratus. ASX 200 Australia mencatatkan penurunan sebanyak 0.52 peratus dengan semua sektor diniagakan lebih rendah. Sektor kewangan terjejas teruk dengan penurunan sebanyak 0.11 peratus, manakala tiga daripada empat bank besar meramalkan kerugian. Saham Anz susut 0.05 peratus, Commonwealth Bank of Australia jatuh 0.44 peratus manakala Westpac naik 0.18 peratus. National Australia Bank jatuh 0.46 peratus. saham Samsung Electronics meningkat sebanyak 0.69 peratus.

Dolar Australia meningkat pada pada paras harga AS$ 0.7602 dan euro pada AS$ 1.0862. Yuan China susut berbanding dolar pada paras 6.7738, terendah sejak 2010.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut…

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget