Saham eBay Merosot Berikutan Ramalan Cuti Suku Tahunan yang Melemah

Platform jualan atas talian syarikat menjangkakan hasil perolehan sebanyak AS$ 2.36 bilion kepada AS$ 2.41 bilion dan semakan semula perolehan daripada operasi berterusan mencatatkan 52-54 sen, lebih rendah berbanding unjuran penganalisis yang menjangkakan AS$ 2.4 bilion pada perolehan dan pendapatan 54 sen sesaham.

 Unjuran perolehan suku tahunan dan keuntungan untuk musim percutian membeli-belah eBay Inc. mencatatkan bacaan ketara di bawah anggaran pasaran, menyebabkan sahamnya merudum pada jam-jam terakhir dagangan.

Platform jualan atas talian syarikat menjangkakan hasil perolehan sebanyak AS$ 2.36 bilion kepada AS$ 2.41 bilion dan semakan semula perolehan daripada operasi berterusan mencatatkan 52-54 sen, lebih rendah berbanding unjuran penganalisis yang menjangkakan AS$ 2.4 bilion pada perolehan dan pendapatan 54 sen sesaham.

Anggaran bagi suku ke-4 yang mengecewakan telah mendorong kepada 5.7% penurunan saham eBay beberapa jam selepas dagangan, yang mana ia menutup sesi dagangan dengan kenaikkan sehingga 2.8% pada paras AS$ 32.52 berikutan keputusan yang mengalakkan pada suku ketiga.

eBay Inc. melaporkan peningkatan pendapatan bagi suku ke-3 sebanyak 5.6% kepada AS$ 2.22 bilion, mengatasi ramalan penganalisis yang mengunjurkan kenaikkan AS$ 2.19 bilion dan menunjukkan bahawa strategi peruncit atas talian untuk membangunkan hasil carian dan mengubah imej jenamanya sudah mula membuahkan hasil.

Walau bagaimanapun, pendapatan bersih syarikat itu hanya mencatatkan sebanyak AS$ 413 juta atau 36 sen sesaham pada suku yang berakhir pada bulan September, lebih rendah daripada AS$ 529 juta atau 45 sen keuntungan saham syarikat itu pada tahun sebelumnya. Syarikat itu mencatatkan pendapatan sebanyak 45 sen sesaham, 2 sen lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya dan menewaskan ramalan penganalisis yang menjangkakan kenaikkan pendapatan sebanyak 44 sen sesaham
Kini anda boleh dapatkanAuto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget