Saham Tesla Meningkat Selepas Melaporkan Keuntungan dalam Keputusan Suku Tahunan

Tesla Motors Inc. mencatatkan keuntungan pertama selepas kerugian 12 suku tahunan dan mendahului jangkaan penganalisis bagi suku ketiga dengan margin yang ketara, menyebabkan sahamnya melonjak naik sebanyak 5% kepada AS$ 212.05 dalam dagangan lewat jam pada Rabu.

Tesla Motors Inc. mencatatkan keuntungan pertama selepas kerugian 12 suku tahunan dan mendahului jangkaan penganalisis bagi suku ketiga dengan margin yang ketara, menyebabkan sahamnya melonjak naik sebanyak 5% kepada AS$ 212.05 dalam dagangan lewat jam pada Rabu.

Pengeluar kereta itu melaporkan keuntungan yang tidak dijangka sebanyak AS$ 22 juta pada suku tahunan baru-baru ini, dirangsang oleh jualan rekod kereta elektrik mewah. Pendapatan meningkat sehingga AS$ 2.3 bilion daripada AS$ 936.8 juta pada tahun sebelumnya. Tesla mencatatkan pendapatan 71 sen sesaham, mengatasi ramalan yang mengunjurkan kerugian sebanyak 54 sen sesaham pada jumlah perolehan syarikat AS$ 1.98 bilion. Syarikat itu juga melaporkan kesediaannya untuk membayar hutang yang bernilai AS$ 600 juta.

Jumlah tempahan bersih yang digabungkan untuk sedan Model S dan Model X kenderaan SUV meningkat 68% pada suku ketiga tahun ke tahun, menunjukkan permintaan yang kukuh untuk kereta Tesla. Syarikat itu mencapai jumlah pengeluaran sebanyak 25, 185 unit kenderaan atau kenaikan 37% pada suku kedua dan keuntungan sebanyak 92% daripada suku ketiga.

Tesla berkata debut produk terbarunya, kecekapan kedai dimaksimumkan dan pembukaan kedai baru telah merangsang keputusan suku ketiga. CEO, Elon Musk berkata syarikat itu yakin bahawa ia akan terus merekodkan keuntungan pada suku keempat. Tesla menurunkan unjurannya bagi perbelanjaan modal daripada AS$ 2.25 bilion kepada AS$ 1.8 bilion.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut…

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget