Samsung Mengumumkan Penamatan Pengeluaran Galaxy Note 7 Pengeluaran bagi Tujuan Keselamatan

Setelah dilanda krisis, Samsung Electronics Co. mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan menghentikan pengeluaran dan penjualan telefon pintar Note 7, kurang dua bulan selepas pelancarannya ekoran isu keselamatan bateri.



Setelah dilanda krisis, Samsung Electronics Co. mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan menghentikan pengeluaran dan penjualan telefon pintar Note 7, kurang dua bulan selepas pelancarannya ekoran isu keselamatan bateri.

Syarikat teknologi gergasi itu memberitahu dalam satu kenyataan kepada pengawal selia Korea Selatan akan membatalkan Note 7 selepas alat peranti gantian dilaporankan terlalu panas dan terbakar, yang didakwa selamat dan bebas daripada kecacatan bateri sebelum ini. Tindakan ini telah menyebabkan saham Samsung jatuh sebanyak 8%, menjejaskan AS$20 bilion nilai pasaran pembuat telefon pintar dan merekodkan penurunan terbesar sejak 2008.

Keputusan untuk menghentikan pengeluaran Note 7 hadir selepas konglomerat Korea Selatan itu mengantung operasi jualan dan menukar dengan set peranti baharu pada Selasa dan meminta pelanggan untuk berhenti menggunakan telefon pintar disebabkan oleh isu keselamatan.

Penganalisis menyatakan bahawa ia akan menghentikan penjualan Note 7 secara kekal dari pasaran dan syarikat berkemungkinan terpaksa menanggung kos sehingga AS$ 17 bilion dan boleh menimbulkan keraguan tentang kawalan kualiti Samsung.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget