Unit Gantian Samsung Note 7 Mengeluarkan Asap dalam Pesawat AS

Alat peranti gantian Samsung Galaxy Nota 7, yang telah diisytiharkan selamat daripada suhu yang tinggi oleh Samsung Electronics Co., dilaporkan telah mengeluarkan asap dan terbakar dalam pesawat Southwest Airlines pada Rabu. Syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa pesawat itu dalam perjalanan mahu meninggalkan lapangan terbang Louisville, Kentucky menuju ke Maryland telah dikosongkan ekoran kejadian itu.

Penumpang yang juga pemilik telefon, Brian Green memberitahu bahawa Note 7 itu adalah unit gantian yang dikeluarkan pada 21 September. Beliau juga berkata alat peranti itu telah dimatikan dan tidak dicas apabila ia mula terlalu panas di dalam poketnya dan mula mengeluarkan asap tebal selepas Green membaling telefon itu ke atas lantai pesawat.

Pembuat telefon pintar mengumumkan penarikan balik di seluruh dunia kira-kira 2.5 juta unit telefon pintar Note 7 bulan lalu ekoran masalah bateri yang menyebabkan sesetengah telefon bimbit mudah terbakar, walau bagaimanapun Samsung berkata ia telah mengenal pasti dan membetulkan masalah tersebut.

Samsung Electronics berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan semula peranti dan mengesahkan punca kejadian. Sementara itu, pihak Pengurusan Penerbangan Persekutuan mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa telefon Samsung telah mengeluarkan asap dalam penerbangan AS dan ia kini sedang mengkaji insiden itu. Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna AS juga sedang menyiasat laporan itu.

Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget