AS akan tarik diri daripada TPPA - Trump

Presiden AS Donald Trump berkata bahawa salah satu daripada ikrar kempen pertamanya pada hari pertama beliau memegang jawatan adalah menarik keluar AS daripada Perjanjian Trans-Pasifik. Perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) itu melibatkan 12 negara Pasifik Rim yang mewakili 40% daripada ekonomi global.

Presiden AS Donald Trump berkata bahawa salah satu daripada ikrar kempen pertamanya pada hari pertama beliau memegang jawatan adalah menarik keluar AS daripada Perjanjian Trans-Pasifik. Perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) itu melibatkan 12 negara Pasifik Rim yang mewakili 40% daripada ekonomi global.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi mesej video yang dikeluarkan pada Isnin, di mana Trump menggariskan keutamaan yang akan diberikan sepanjang 100 hari pertama peralihan kuasa di bawah pimpinanya apabila beliau mengambil alih Pejabat Oval pada 20 Januari.

Sambil menyifatkan TPP sebagai bencana yang berpotensi untuk Amerika, kata beliau.

Sebaliknya, kami akan merundingkan tawaran perdagangan saksama dua hala yang akan membawa peluang pekerjaan dan industri kembali ke Amerika Syarikat.

Trump juga berjanji untuk melonggarkan sekatan dan peraturan-peraturan mengenai pengeluaran tenaga AS dan perniagaan. Beliau juga menyatakan dibawah pentadbiranya, beliau akan melancarkan siasatan mengenai penyalahgunaan visa yang melemahkan pekerja AS. Beliau juga bercakap mengenai mengenakan larangan lima tahun ke atas individu yang memilih untuk meninggalkan kerajaan untuk menjadi pelobi.

Bagaimanapun, beliau tidak menggariskan rancangannya untuk Obamacare atau pembinaan tembok di Mexico, dua daripada ikrar kempen beliau yang paling ketara.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook Percuma disini
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget