Bekalan Mentah AS Mempengaruhi Niaga Hadapan Minyak

Harga minyak jatuh pada Khamis selepas laporan rasmi mengenai penyimpanan bahan api menunjukkan peningkatan yang lebih besar berbanding ramalan dalam saham minyak mentah AS.

Harga minyak jatuh pada Khamis selepas laporan rasmi mengenai penyimpanan bahan api menunjukkan peningkatan yang lebih besar berbanding ramalan dalam saham minyak mentah AS.

Menurut data industri rasmi yang telah dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga AS, inventori minyak mentah di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 5.3 juta tong sehingga minggu ini, jauh mengatasi jangkaan para penganalisis yang hanya mengunjurkan 1.5 juta tong. Peningkatan dalam inventori adalah disebabkan oleh jumlah yang lebih tinggi dalam kenaikkan import pada purata sekitar 910, 000 tong sehari, menurut laporan itu.

WTI AS mencatatkan penurunan sebanyak 11 sen daripada penutupan terakhirnya dan diniagakan pada paras AS$ 45.46 setong. Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah Brent Eropah susut 16 sen dan turun ke paras AS$ 46.47 setong.

Walaupun EIA AS mencatatkan bacaan yang lebih tinggi daripada nilai anggaran bekalan mentah, penganalisis berkata peniaga masih memberikan tumpuan mereka terhadap mesyuarat OPEC yang dijadualkan akan berlangsung pada 30 Nov. Ahli-ahli pengeluar kartel dikatakan telah bersedia untuk mencapai kata sepakat "secara paksa" berhubung isu pengurangan pengeluaran minyak, pemimpin Venezuela Nicolas Maduro memberitahu pada Rabu selepas mesyuarat dengan Ketua Setiausaha OPEC, Mohammed Barkindo Caracas. Rusia juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyokong pembekuan pengeluaran minyak oleh OPEC, salah seorang pegawai dari negara tersebut memberitahu.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken..tapi tak tahu bagaimana ingin bermula? Dapatkan pakej lengkap moving haiken dengan RM 80 SAHAJA..Ketahui Lebih Lanjut..
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget