Eksport, Import China Merekodkan Penurunan Melebihi Jangkaan pada Oktober

Menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Am Kastam, eksport dan import China kedua-duanya mencatatkan penurunan melebihi jangkaan pada Oktober, sekaligus mencetuskan keraguan bahawa pemulihan ekonomi di negara itu mungkin goyah.

Menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Am Kastam, eksport dan import China kedua-duanya mencatatkan penurunan melebihi jangkaan pada Oktober, sekaligus mencetuskan keraguan bahawa pemulihan ekonomi di negara itu mungkin goyah.

Eksport jatuh sebanyak 7.3% tahun ke tahun pada Oktober bagi setiap dolar, mengatasi ramalan yang mengunjurkan penurunan sebanyak 6% walau bagaimanapun bacaan masih mencatatkan kenaikkan berbanding penurunan tahunan 10% pada September lalu. Sementara itu, import jatuh 1.4% tahun ke tahun berbanding dengan penurunan tahunan 1.9% pada bulan sebelumnya dan lebih curam daripada penguncupan 1% yang diunjurkan dalam penghantaran.

Eksport China pula mencatatkan penurunan sebanyak 7.7% dalam tempoh 10 bulan pertama 2016 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, manakala import susut 7.5%.

Data perdagangan melaporkan lebihan dagangan Oktober China sebanyak $ 49.06 bilion, berbanding dengan $ 41.99 bilion pada September. Ahli ekonomi menjangkakan lebihan dagangan sebanyak $ 51.70 bilion pada September lalu.

Kemerosotan yuan berkemungkinan telah membantu eksport ke prestasi yang lebih baik pada Oktober, namun bacaan masih membayangkan permintaan global yang melemah untuk barangan China. Walaupun beberapa penganalisis percaya bahawa negara ini menggunakan mata wang yang lemah untuk menyokong ekonomi, ia secara meluas dijangka bahawa Bank Rakyat China tidak akan melaksanakan tindakan pelonggaran monetari yang selanjutnya untuk tahun ini.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken..tapi tak tahu bagaimana ingin bermula? Dapatkan pakej lengkap moving haiken dengan RM 80 SAHAJA..Ketahui Lebih Lanjut..
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget