Emas Diniagakan Lebih Rendah Berikutan Pengukuhan Dolar, Ekuiti

Harga emas diniagakan susut sebagaimana ekuiti AS mencapai paras tertinggi pada jangkaan pertumbuhan yang lebih tinggi dan lebih banyak perbelanjaan direkodkan dalam pentadbiran Presiden Donald Trump. Spot emas jatuh 0.14 peratus pada AS$ 1,211.97 per auns.

Harga emas diniagakan susut sebagaimana ekuiti AS mencapai paras tertinggi pada jangkaan pertumbuhan yang lebih tinggi dan lebih banyak perbelanjaan direkodkan dalam pentadbiran Presiden Donald Trump. Spot emas jatuh 0.14 peratus pada AS$ 1,211.97 per auns.

Niaga hadapan emas AS mencatatkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus pada paras harga AS$ 1,211.20 per auns. Saham diniagakan tinggi sejak pilihan raya sebagaimana Trump menjanjikan pengurangan cukai, perbelanjaan yang lebih tinggi ke atas infrastruktur dan peraturan mudah dalam industri penjagaan kesihatan dan perbankan. Emas telah jatuh lebih daripada AS$ 100 per auns dari paras tinggi selepas pilihan raya pada 9 Nov berikutan hasil Perbendaharaan AS mencatatkan peningkatan terbesar dua minggu mereka dalam tempoh lebih lima tahun dan pengukuhan mata wang dolar. Menambah lebih banyak tekanan ke atas emas adalah kenaikan kadar faedah AS yang dijangka akan berlaku pada Disember depan, menurut penganalisis dan peniaga. SPDR Gold Trust berkata pegangannya susut sebanyak 0.71 peratus kepada 908.77 tan metrik.

Dalam dagangan lain-lain logam, perak naik 0.3 peratus kepada AS$ 16.63 per auns. Platinum meningkat 0.3 peratus pada AS$ 936.99 dan palladium menokok 2.9 peratus kepada AS$ 749.90.
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget