Emas Diniagakan Rendah Ekoran Pengukuhan Dolar, Komen Yellen

Harga emas jatuh ke paras rendah 5 ½ bulan sebagaimana indeks dolar mencecah paras tinggi 13 1/2 tahun yang disokong oleh pengukuhan laporan ekonomi AS serta ulasan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen yang telah meningkatkan kemungkinan kenaikkan kadar faedah pada Disember hadapan. Spot emas jatuh 0.8 peratus kepada AS$ 1,215.50 per auns.

Niaga hadapan emas AS mencatatkan penurunan sebanyak 0.6 peratus pada paras harga AS$ 1,216.90 per auns. Emas merosot berbanding dolar yang melonjak naik ke paras tinggi sejak 2003 berbanding sekumpulan enam mata wang utama lain. Spot emas susut hampir sembilan peratus daripada paras tinggi enam minggu yang telah dicapai dengan mudah selepas pilihan raya AS 9 November lalu. Laporan terkini telah menunjukkan peningkatan terbesar dalam harga pengguna AS bagi tempoh enam bulan dan tuntutan pengangguran jatuh ke paras terendah dalam tempoh 43 tahun.

Antara logam berharga lain, palladium meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada AS$ 734.40, paras tertinggi sejak 10 Ogos. Palladium susut 0.7 peratus pada paras AS$ 937.60 per auns dan perak jatuh 1.9 peratus kepada AS$ 16.64.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download ebook percuma di sini
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget