Harga emas diniagakan tidak menentu, dipengaruhi oleh kejatuhan Dolar

Harga emas diniagakan tidak menentu di antara keuntungan dan kerugian yang disebabkan oleh dolar AS yang lebih melemah dan kenaikkan di pasaran saham. Spot emas mencatatkan penurunan sebanyak 0.02 peratus pada paras harga AS$ 1,225.08 per troy auns.

Harga emas diniagakan tidak menentu di antara keuntungan dan kerugian yang disebabkan oleh dolar AS yang lebih melemah dan kenaikkan di pasaran saham. Spot emas mencatatkan penurunan sebanyak 0.02 peratus pada paras harga AS$ 1,225.08 per troy auns.

Logam berharga kini diniagakan di atas paras rendah lima bulan dengan kejatuhan mendadak pada harga emas sebagaimana pasaran ekuiti dan komoditi yang lain melonjak tinggi selepas Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS yang baru pada minggu lepas. Harga emas kini sedang menunggu masa untuk kenaikan kadar faedah yang seterusnya oleh Rizab Persekutuan. Dana niaga hadapan Fed meramalkan 86 peratus kemungkinan kenaikan kadar pada Disember, menurut CME. Penghantaran segera bulion meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada AS$ 1,223.08 per auns, menurut harga generik Bloomberg. Holdings dalam dana dagangan bursa bersandarkan emas susut 4.88 tan metrik kepada 1,966.3 tan, seperti yang dinyatakan dalam laporan yang dikumpul oleh Bloomberg.

Logam berharga lain diniagakan bercampur-campur. Perak sedikit berubah pada paras harga $ 17.04 per troy auns. Platinum jatuh 0.24 peratus pada paras harga $ 942.24 per troy auns manakala palladium meningkat 0.79 peratus pada paras harga $ 704.75 per troy auns.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken..tapi tak tahu bagaimana ingin bermula? Dapatkan pakej lengkap moving haiken dengan RM 80 SAHAJA..Ketahui Lebih Lanjut..
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget