Jenama Samsung Tidak Terjejas Berikutan Panggilan Balik Galaxy Note 7 dari pasaran AS - Tinjauan

Tinjauan pendapat Reuters/Ipsos menunjukkan penarikan balik global dan penggantungan jualan telefon pintar Galaxy Note 7 tidak menjejaskan kecenderungan pengguna AS untuk membeli alat peranti keluaran Samsung Electronic.

Tinjauan pendapat Reuters/Ipsos menunjukkan penarikan balik global dan penggantungan jualan telefon pintar Galaxy Note 7 tidak menjejaskan kecenderungan pengguna AS untuk membeli alat peranti keluaran Samsung Electronic.

Kaji selidik yang dijalankan dari 26 Oktober sehingga 9 November itu telah mendedahkan bahawa pengguna semasa telefon Samsung terus setia kepada jenama mereka. Hasil kaji selidik juga mendedahkan bahawa pengguna-pengguna yang tahu akan panggilan balik Galaxy Note 7 ini kekal pada tahap kepentingan yang sama terhadap telefon pintar Samsung sebagaimana mereka yang tidak tahu akan berita itu.

Dua puluh tujuh peratus daripada respoden tahu akan panggilan balik telefon pintar ini.

Sebahagian besar respoden memberitahu akan memilih jenama Samsung jika mereka ini membeli telefon pintar yang baharu, hasil kaji selidik mendedahkan. Sementara itu, dikalangan respoden yang tidak mengetahui tentang berita penarikan balik Galaxy Nota 7 dari pasaran, 25% menyatakan bahawa ini adalah kali pertama mereka menilai alat peranti Samsung.

Hasil undian itu juga mendedahkan bahawa pelanggan Samsung adalah setia kepada jenama mereka. Sekitar 91% dari pengguna Samsung menyatakan kemungkinan akan membeli satu lagi telefon Samsung manakala 92% daripada pelanggan Samsung berkemungkinan akan membeli produk Samsung yang lain.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook Percuma disini
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget