Kenaikkan dalam Jualan Runcit Oktober Meningkatkan Kemungkinan Kenaikkan Kadar Disember

Jualan runcit AS mencatatkan peningkatan pada Oktober, mengekalkan keuntungan September sebagaimana isi rumah telah membeli kereta dan pelbagai barangan lain. Data ekonomi yang positif juga membentangkan bukti baru kepada Rizab Persekutuan AS untuk mengetatkan dasar kewangan pada Disember.

Jualan runcit AS mencatatkan peningkatan pada Oktober, mengekalkan keuntungan September sebagaimana isi rumah telah membeli kereta dan pelbagai barangan lain. Data ekonomi yang positif juga membentangkan bukti baru kepada Rizab Persekutuan AS untuk mengetatkan dasar kewangan pada Disember.

Menurut Jabatan Perdagangan, jualan runcit pada Oktober meningkat sebanyak 0.8% berbanding bulan sebelumnya. Selain laporan terkini, semakan semula laporan jualan runcit September menyatakan kenaikkan sebanyak 0.6% dan menunjukkan peningkatan akhir sebanyak 1.0%. Jualan meningkat sebanyak 4.3% tahun ke tahun pada Oktober.

Sementara itu, teras jualan runcit meningkat sebanyak 0.8% selepas naik 0.3% pada September. Jualan runcit keseluruhan dan teras jualan diramalkan akan mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.6% dan 0.3% pada bulan lepas.

Jumlah keuntungan jualan bagi September dan Oktober mencatatkan peningkatan dua bulan yang terbesar dalam tempoh hampir dua tahun. Laporan semakan semula pada September, bersama-sama dengan laporan Oktober menunjukkan bahawa perbelanjaan pengguna meningkat dan pertumbuhan KDNK suku ketiga ekonomi berkemungkinan akan melonjak naik apabila ramalan KDNK dimuktamadkan pada Oktober ini.

Ditambah dengan data yang menunjukkan pengukuhan pasaran buruh dan tanda-tanda pemulihan dalam industri pembuatan, data runcit meningkatkan lagi kemungkinan bahawa Fed akan menaikkan kadar semasa mesyuarat dasar pada 13-14 Disember nanti.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken..tapi tak tahu bagaimana ingin bermula? Dapatkan pakej lengkap moving haiken dengan RM 80 SAHAJA..Ketahui Lebih Lanjut..
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget