Minyak Susut Ekoran Kesamaran Prospek Perjanjian Pemotongan Pengeluaran

Harga minyak diniagakan lebih rendah pada Isnin disebabkan oleh faktor peningkatan kebimbangan bahawa negara-negara pengeluar gagal mencapai penyelesaian dalam perjanjian pengeluaran pengeluaran, telah menyebabkan penurunan dalam niaga hadapan saham Amerika Syarikat dan indeks saham Asia.

Harga minyak diniagakan lebih rendah pada Isnin disebabkan oleh faktor peningkatan kebimbangan bahawa negara-negara pengeluar gagal mencapai penyelesaian dalam perjanjian pengeluaran pengeluaran, telah menyebabkan penurunan dalam niaga hadapan saham Amerika Syarikat dan indeks saham Asia.

Niaga hadapan minyak mentah Brent mencatatkan penurunan sebanyak 2.0% dan diniagakan pada paras harga AS$ 47.02 setong sewaktu sesi dagangan Asia, melanjutkan penurunan sebanyak 3.6% pada Jumaat berikutan peningkatan keraguan sama ada OPEC akan mencapai keputusan muktamad berhubung perjanjian pemotongan pengeluaran sepeti yang telah dirancang. Arab Saudi telah memberikan notis minggu lepas bahawa ia tidak akan menyertai rundingan pada Isnin dengan pengeluar bukan OPEC untuk bercakap mengenai pemotongan pengeluaran.

Harga minyak yang lebih rendah, juga telah mengurangkan tekanan inflasi, menghalang momentum untuk 'sell-off' hutang kerajaan AS dan mendorong kepada kenaikkan harga dolar.

Khalid al-Falih, menteri tenaga Arab Saudi meluahkan rasa kepercayaan beliau bahawa pasaran minyak secara beransur-ansur akan mengimbangi semula pada tahun yang akan datang walaupun tanpa campur tangan daripada pengeluar. Dengan hujah ini, beliau percaya bahawa dengan mengekalkan tahap pengelauran sekarang adalah tindakan terbaik. Oleh itu, adalah wajar. Kenyataan tersebut telah meningkatkan kebimbangan bahawa perjanjian ini akan menemui kegagalan.

Menteri tenaga OPEC dijadualkan akan menghadiri mesyuarat pada Rabu dalam usaha untuk mencapai keputusan muktamad perjanjian itu bersama-sama dengan pengeluar bukan OPEC yang bersedia untuk mengambil bahagian.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook Percuma disini
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget