Nikkei Merosot dalam Ketidaktentuan Dagangan Berikutan Pengambilan Untung

Purata saham Nikkei diniagakan jatuh 0.3% kepada 17, 625.48 dalam pasaran tidak menentu dipertengahan sesi dagangan sebagaimana para pelabur memperoleh keuntungan daripada kenaikkan ketara pada hari-hari sebelumnya

Purata saham Nikkei diniagakan jatuh 0.3% kepada 17, 625.48 dalam pasaran tidak menentu dipertengahan sesi dagangan sebagaimana para pelabur memperoleh keuntungan daripada kenaikkan ketara pada hari-hari sebelumnya

Saham Jepun meningkat pada sesi dagangan baru-baru ini, didorong oleh keyakinan bahawa dasar-dasar ekonomi AS di bawah pimpinan Presiden baru AS akan memberi manfaat kepada eksport Jepun dengan pengukuhan dolar.

Walaupun sentimen dirangsang oleh pengukuhan dolar berbanding yen disebabkan lonjakan dalam kadar hasil Perbendaharaan AS, beberapa pelabur masih mengambil tindakan berhati-hati mengenai perkembangan ketara yang berpotensi. Para penganalisis berkata bahawa pasaran kini lega kerana aliran yen yang lemah akan meningkatkan pendapatan korporat, bagaimanapun pelabur masih berhati-hati dengan kenaikan kadar hasil bon kerajaan AS yang akhirnya akan merosot, menyebabkan senario pemulihan.

Saham eksport diniagakan bercampur-campur semasa sesi dagangan. Sementara itu, sektor perbankan dirangsang oleh kenaikan kadar hasil AS. Kesua-dua bank besar merekodkan peningkatakn selepas mengumumkan laporan pertengahan tahun mereka yang sejajar dengan jangkaan pasaran. Sumitomo Mitsui Financial Group dan Mizuho Financial Group masing-masing menokok 3.4% dan 1%.

Indeks Nikkei-JPX 400 naik 0.1% kepada 12, 594.08 manakala Topix tidak berubah pada 1, 400.58.

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget