Pilihan raya AS - 26 undi lagi untuk Trump menang, pasaran merudum

Calon Republikan, Donald Trump sedang mendahului dengan menguasai 244 undi dalam sistem kumpulan pengundi, semakin hampir untuk memenuhi keperluan mendapatkan 270 undi untuk menang.

Calon Republikan, Donald Trump sedang mendahului dengan menguasai 244 undi dalam sistem kumpulan pengundi, semakin hampir untuk memenuhi keperluan mendapatkan 270 undi untuk menang.

Memetik laporan Bloomberg, Hillary Clinton dari Demokrat pula setakat ini hanya menguasai 209 undi dalam sistem tersebut.

Berdasarkan perkembangan tersebut, pasaran global telah menjadi kucar-kacir kerana para peniaga terkejut dengan keputusan semasa yang berlainan daripada jangkaan mereka.

Dolar AS jatuh berbanding Yen, Euro dan Franc Swiss ekoran perkembangan tersebut yang menyaksikan negeri-negeri Florida, North Carolina dan Ohio menunjukkan sokongan yang padu kepada calon Republikan itu.

[pcarousel]
[item url="https://lh3.googleusercontent.com/GtUp6qMYnIjk5oN7q0-PNCfA83d3y8kXq0sZBLq7Uk49pwdGNbx_5K8Vynd4ilK44D4JbZQG0Efs4A=w1366-h768-no" src="https://lh3.googleusercontent.com/GtUp6qMYnIjk5oN7q0-PNCfA83d3y8kXq0sZBLq7Uk49pwdGNbx_5K8Vynd4ilK44D4JbZQG0Efs4A=w1366-h768-no" title="EUR/USD"][/item]

[item url="https://lh3.googleusercontent.com/LUcJgaC0We7y_3ZUrxZk7X5yjLQvex7oVjAy2A7vowKjkcSoNo9i_Lyvg-ujcojGHjVcBPS7pnpjEQ=w1366-h768-no" src="https://lh3.googleusercontent.com/LUcJgaC0We7y_3ZUrxZk7X5yjLQvex7oVjAy2A7vowKjkcSoNo9i_Lyvg-ujcojGHjVcBPS7pnpjEQ=w1366-h768-no" title="GBP/USD"][/item]

[item url="https://lh3.googleusercontent.com/lEx1t975Ril_SSqQsw0tggswWseWmjP3rGA9iyQ9xWFrU-P6AYikHEJTx6PPWfhfTm3U-ewaPp7M3g=w1366-h768-no" src="https://lh3.googleusercontent.com/lEx1t975Ril_SSqQsw0tggswWseWmjP3rGA9iyQ9xWFrU-P6AYikHEJTx6PPWfhfTm3U-ewaPp7M3g=w1366-h768-no" title="USD/JPY"][/item]

[item url="https://lh3.googleusercontent.com/7-YkippclM0ewWgAKQvm9cGsRw53FhDQ0HCoR3bM5zZ7GklgkKimvy4x_mnJtZWcO8x6EFNqqyirkg=w1366-h768-no" src="https://lh3.googleusercontent.com/7-YkippclM0ewWgAKQvm9cGsRw53FhDQ0HCoR3bM5zZ7GklgkKimvy4x_mnJtZWcO8x6EFNqqyirkg=w1366-h768-no" title="USD/CAD"][/item]

[item url="https://lh3.googleusercontent.com/3SyqHVkwYNBLKFJk3ovmS3PaSd1EPIoavTBvpViAQ-QNN0XYh04ad1pLTV9XVQQ8cDdTxzDp0adxmg=w1366-h768-no" src="https://lh3.googleusercontent.com/3SyqHVkwYNBLKFJk3ovmS3PaSd1EPIoavTBvpViAQ-QNN0XYh04ad1pLTV9XVQQ8cDdTxzDp0adxmg=w1366-h768-no" title="AUD/USD"][/item]
[/pcarousel]

Dolar AS jatuh sebanyak 3.5 peratus berbanding Yen yang merupakan penurunan urusniaga harian yang terbesar sejak United Kingdom memutuskan untuk keluar dari Kesatuan Eropah, 1.8 peratus berbanding Euro dan 2 peratus berbanding Franc Swiss.

Semalam, kajian projek akhir Reuters/Ipsos States of the Nation menyatakan Clinton mempunyai kira-kira 90 peratus peluang untuk menewaskan Trump.

Namun, ramalam tersebut ternyata melesat jika melihatkan perkembangan hari ini walaupun Presiden AS, Barack Obama memberi amaran bahawa kemajuan yang dimikmati oleh negara tersebut akan menjadi sia-sia terkebelakang jika Trump menang hari ini, memetik laporan Press Trust of India (PTI).

Obama dan Clinton adalah dari parti yang sama.

Sementara itu, Reuters melaporkan, kemenangan Trump di Florida, Virginia, Carolina Utara dan Ohio memberinya kelebihan awal untuk memperolehi 270 undi bagi menjadi kejayaan.

Walaupun Clinton masih mempunyai peluang, kemenangan Trump di keempat-empat negeri itu akan menjadikan peluang Clinton untuk menduduki Rumah Putih sebagai hampir mustahil.

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget