Saham Asia Melonjak Naik Berikutan Tindakan Pasaran Menilai Semula Kemenangan Trump

Saham Asia diniagakan tinggi sebagaimana ia terlibat dengan pemulihan global berhubung spekulasi bahawa Republikan Donald Trump akan mengikuti dasar-dasar perniagaan yang lebih mesra. Indeks MSCI Asia Pacific melonjak sebanyak 3.1 peratus.

Saham Asia diniagakan tinggi sebagaimana ia terlibat dengan pemulihan global berhubung spekulasi bahawa Republikan Donald Trump akan mengikuti dasar-dasar perniagaan yang lebih mesra. Indeks MSCI Asia Pacific melonjak sebanyak 3.1 peratus.

Nikkei 225 Jepun mencatatkan peningkatan sebanyak 6.72 peratus pada 17,344.42 dan Topix naik 5.8 peratus, berikutan kemerosotan mata wang yen berbanding dolar AS itu, diniagakan pada paras 105.42. Saham kewangan mencatatkan peningkatan terbesar di Topix ekoran spekulasi bahawa perniagaan dijangka akan berkembang di bawah kepimpinan Trump. Mitsubishi UFJ Financial Group Inc. melonjak sebanyak 11 peratus, Nomura Holdings Inc. menokok sebanyak 11 peratus sementara Sumitomo Mitsui Financial Group Inc. naik sebanyak 8.6 peratus.

Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 2.3 peratus. Indeks Hang Seng Hong Kong menambah dua peratus manakala indeks Taiex Taiwan melonjak 2.3 peratus. Indeks S&P/NZX 50 New Zealand pula mencatatkan kenaikkan sebanyak satu peratus.

Indeks Komposit Shanghai naik 1.4 peratus dan komposit Shenzhen merekodkan sedikit kenaikkan dengan 1.374 peratus. China Communications Construction melonjak 6.86 peratus, Sany Heavy meningkat 3.11 peratus dan industri berat Zoomlion naik 4.62 peratus. Indeks S&P/ASX 200 Australia menokok 3.3 peratus. Subindex tenaga dan subindex masing-masing mencatatkan kenaikkan sebanyak 3.29 peratus dan 5.75 peratus. Sementara subindex emas jatuh 4.82 peratus.

Indeks penanda aras ekuiti di Singapura, Filipina dan Indonesia meningkat hampir 0.9 peratus. Indeks Sensex BSE S&P India naik 1.6 peratus.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken..tapi tak tahu bagaimana ingin bermula? Dapatkan pakej lengkap moving haiken dengan RM 80 SAHAJA..Ketahui Lebih Lanjut..
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget