Saham Asia Melonjak Tinggi Menghampiri Pilihan Raya AS

Majoriti pasaran saham Asia mengukuh menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat, apabila para pelabur yakin pada masa yang sama kekal berhati-hati mengenai kemungkinan kemenangan Demokrat Hillary Clinton. Saham Asia Pasifik Indeks MSCI tidak termasuk Jepun naik 0.3 peratus.

Majoriti pasaran saham Asia mengukuh menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat, apabila para pelabur yakin pada masa yang sama kekal berhati-hati mengenai kemungkinan kemenangan Demokrat Hillary Clinton. Saham Asia Pasifik Indeks MSCI tidak termasuk Jepun naik 0.3 peratus.

Jepun Nikkei mencatatkan penurunan sebanyak 0.2 peratus, kemerosotan ini didorong oleh pengukuhan yen selepas merekodkan kerugian pada hari sebelumnya. Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat sebanyak 0.3 peratus. Kospi Korea Selatan naik 0.2 peratus. Indeks CSI 300 China naik 0.5 peratus, sebagaimana kelemahan yuan telah mengatasi kerugian yang lebih besar daripada jangkaan dalam import dan eksport serta keseimbangan lebih kecil dberbanding ramalan dari Oktober. Indeks Komposit Shanghai meningkat ke paras tinggi 10 bulan dan kini berada di landasan terbaik untuk penutupan mingguan. ASX Australia 200 meningkat 0.03 peratus pada 5,252.5. Indeks sub-bahan meningkat 1.35 peratus manakala indeks sub-tenaga menokok 1.33 peratus. Walau bagaimanapun, indeks sub-kewangan susut sebanyak 0.59 peratus.

Dolar Australia susut 0.3 peratus dan merekodkan erugian terbesar di kalangan mata wang utama. Kali terakhir yuan diniagakan berbanding dolar AS adalah pada paras harga 6.7783, selepas Bank Rakyat China (PBOC) menetapkan menetapkan titik tengah mata wang pada 6.781.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken..tapi tak tahu bagaimana ingin bermula? Dapatkan pakej lengkap moving haiken dengan RM 80 SAHAJA..Ketahui Lebih Lanjut..
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget