Wall Street Diniagakan Bercampur-campur Berikutan Dow Ditutup pada Paras Tinggi

Saham AS ditutup bercampur-campur sebagaimana Dow Jones Industrial Average melonjak naik dan merekodkan penutupan tinggi kali ketiga berturut-turut, manakala penurunan dalam saham teknologi mengimbangi peningkatan mendadak dalam saham kewangan. Pelabur telah mengalihkan wang

Saham AS ditutup bercampur-campur sebagaimana Dow Jones Industrial Average melonjak naik dan merekodkan penutupan tinggi kali ketiga berturut-turut, manakala penurunan dalam saham teknologi mengimbangi peningkatan mendadak dalam saham kewangan. Pelabur telah mengalihkan wang mereka selepas kemenangan Donald Trump sebagai presiden AS dengan beberapa spekulasi mencerminkan jangkaan pertumbuhan yang lebih kukuh dan inflasi lebih tinggi, yang mendorong kepada peningkatan purata hasil bon kerajaan dan saham kewangan yang lebih tinggi.

DJIA mencatatkan peningkatan sebanyak 0.11 peratus kepada 18,868.69. S&P 500 susut kurang daripada 0.1 peratus kepada 2164.20 manakala Nasdaq Komposit turun 0.4 peratus kepada 5218.40. Saham bank melonjak dengan beberapa pelabur menjangkakan kenaikan kadar faedah dan juga telah mendapat manfaat daripada spekulasi bahawa Trump berkemungkinan akan meringankan peraturan.

Indeks KBW Nasdaq Bank pada pemberi pinjaman komersial AS besar meningkat sebanyak 3.2 peratus. Antara yang mencatatkan keuntungan terbesar di Dow adalah Goldman Sachs Group dan J.P. Morgan Chase yang meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 18.868,69, untuk rekod ke-12 indeks tahun ini. Bank of America meningkat sebanyak 5.6 peratus kepada AS$ 20.08. Saham teknologi dalam S&P 500 melonjak sebanyak 12 peratus pada suku ketiga walau bagaimanapun merosot sebanyak 3.3 peratus sejak 30 September, kerana sebahagian besar berlaku sejak pilihan raya. Apple susut 2.5 peratus dan terjejas paling teruk di Nasdaq dan S&P 500, diikuti oleh Microsoft dan Facebook.

Bon juga mencatatkan penurunan, hasil Perbendaharaan 10 tahun meningkat kepada 2.224 peratus, berbanding minggu lepas 2.118 peratus.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken..tapi tak tahu bagaimana ingin bermula? Dapatkan pakej lengkap moving haiken dengan RM 80 SAHAJA..Ketahui Lebih Lanjut..
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget