Wall Street Melonjak Naik, Diterajui oleh Sektor Penjagaan Kesihatan

Saham AS diniagakan lebih tinggi, sebagaimana kenaikkan yang direkodkan dalam saham penjagaan kesihatan telah membantu mengimbangi kerugian dalam sektor tenaga. Harga saham meningkat selepas pengumuman data pertumbuhan AS yang positif, apabila harga minyak turun ke paras yang paling lemah bagi tempoh lebih seminggu disebabkan oleh faktor keraguan OPEC dalam mencapai muktamad perjanjian untuk pengurangan pengeluaran.

Dow Jones industrial average (DJIA) mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.12 peratus kepada 19,121.6. S&P 500 meningkat 0.13 peratus pada 2,204.66 manakala Nasdaq Composite menokok 0.21 peratus kepada 5,379.92. Tinjauan bagi saham AS meningkat selepas data terkini menunjukkan ekonomi AS berkembang sebanyak 3.2 peratus pada suku ketiga. Sektor penjagaan kesihatan S&P 500 meningkat sebanyak 0.7 peratus, kerana Alexion Pharmaceuticals, AbbVie dan Centene masing-masing mencatatkan kenaikkan. Indeks Bioteknologi Nasdaq menokok 0.1 peratus.

Peningkatan dalam indeks yang lebih luas didesak oleh penurunan saham tenaga, susut 1.2 peratus dalam S&P 500 sebagaimana kemerosotan harga minyak. Saham Transocean susut 3.3 peratus manakala Marathon Oil jatuh 3.8 peratus.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget