Yellen mengatakan kemungkinan berlaku kenaikan kadar faedah AS 'tidak lama lagi'.

Bercakap kepada Kongres pada Khamis, Pengerusi Rizab Persekutuan Janet Yellen memberitahu bahawa kemenangan pilihan raya presidenDonald Trump tidak akan menjejaskan rancangan Rizab Persekutuan.

Bercakap kepada Kongres pada Khamis, Pengerusi Rizab Persekutuan Janet Yellen memberitahu bahawa kemenangan pilihan raya presidenDonald Trump tidak akan menjejaskan rancangan Rizab Persekutuan.

Pengerusi Fed memberitahu kepada penggubal undang-undang dalam ucapannya bahawa Fed berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah 'tidak lama lagi', sebagaimana kesemua laporan ekonomi dilihat semakin mengukuh: pasaran buruh yang kukuh, kenaikkan inflasi dan peningkatan dalam pasaran hartanah.

Ucapan beliau telah meningkatkan pertaruhan bahawa Fed akan mengambil tindakan semasa mesyuarat kemuncak yang dijadualkan akan berlangsung pada 13-14 Disember, dengan dana niaga hadapan Fed yang menunjukkan bahawa pelabur melihat 91% kemungkinan kenaikan kadar bulan hadapan.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk menyempurnakan tempoh perkhidmatan beliau yang akan tamat pada Januari 2018 dengan mengulangi kebaikan kebebasan Fed dari campur tangan politik.

Yellen berkata jawatankuasa kadar penetapan bank Pusat AS akan mengubah pandangan dengan sewajarnya dengan rancangan Presiden baharu. Beliau juga menyatakan bahawa pentadbiran yang seterusnya harus peka bahawa AS kini semakin hampir ke paras penuh pekerjaan yang disasarkan dan inflasi yang mungkin meningkat.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download ebook percuma disini
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget