Ahli OPEC Mencapai Persetujuan Mengurangkan Pengeluaran Minyak

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mencapai persetujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak untuk kali pertama selepas lapan tahun, langkah itu dilihat perlu bagi mengekang masalah lebihan bekalan global serta untuk melonjakkan kembali harga, sekaligus menidakkan jangkaan orang ramai bahawa pertubuhan ini gagal mencapai kata muktamad.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mencapai persetujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak untuk kali pertama selepas lapan tahun, langkah itu dilihat perlu bagi mengekang masalah lebihan bekalan global serta untuk melonjakkan kembali harga, sekaligus menidakkan jangkaan orang ramai bahawa pertubuhan ini gagal mencapai kata muktamad.

Perjanjian itu menjadi kenyataan selepas Arab Saudi mengakui untuk mengambil "hit besar" dalam pengeluarannya dan mengabaikan permintaan terhadap Iran untuk mengurangkan pengeluaran. Arab Saudi telah berjanji untuk mengambil bahagian besar daripada pemotongan pengeluaran sebanyak kira-kira 0.5 juta tong sehari kepada 10.06 juta tong sehari. Sementara itu, Iran pula dibenarkan untuk meningkatkan sedikit tahap pengeluarannya.

Lain-lain negara-negara Teluk OPEC juga akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 0.3 juta tong sehari.

Iraq tidak disangka-sangka bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran juga sebanyak 0.2 juta tong sehari. Presiden OPEC, Mohammed Bin Saleh Al-Sada berkata pengurangan pertubuhan sebanyak 1.2 juta tong sehari dijadualkan akan bermula pada Januari hadapan. Pengeluar OPEC akan menghasilkan sekitar 33.6 juta tong sehari dan menjadi satu pertiga daripada bekalan minyak global.

Pengeluar OPEC bukan Rusia telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 300, 000 tong sehari. Lain-lain negara-negara bukan OPEC juga dijangka akan mengurangkan pengeluaran minyak mentah mereka sebanyak 600, 000 tong sehari, walau bagaimanapun Al-Sada tidak menyatakan yang negara terlibat.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget