Untuk menentukan trend kita boleh lihat berpandukan MA LT dan juga MA ST. Jika anda lihat gambarajah di atas jelas sekali MA LT dan MA ST menunjukkan ke arah up trend. Ini bermakna position yang perlu anda ambil sebaik baiknya BUY, akan tetapi pada ketika ini bukan masa yang sesuai untuk anda enter position BUY.
MA LT bermaksud long trend digunakan untuk menentukan trend satu bulan dan
MA ST bermaksud short trend digunakan untuk menentukan trend satu minggu.
Bilakah masa yang sesuai untuk enter position BUY?
Untuk mengesahkan bahawa trend benar benar telah beralih ke arah up trend pastikan berlaku persilangan antara MA CT dengan MA ST. Setelah berlaku persilangan anda tunggu sehingga candle haiken ashi tidak bersentuhan dengan MA CT high (warna hitam) barulah sesuai untuk anda enter position BUY. Lihat pada gambarajah di atas sebagai contoh.
Jika seandainya tidak berlaku persilangan saya cadangkan anda lupakan hasrat untuk anda enter position buy. Analysis ini dianggap batal.
Update Analysis Teknikel Moving Haiken EUR/JPY (22 December 2016) 09.00 PM
EUR/JPY seperti mana yang telah diramal pada awal pagi tadi kini kelihatan MA CT telah berlaku persilangan dengan MA ST. Ini meyakinkan lagi bahawa trend telah pun bertukar ke arah up trend. Namun begitu anda dinasihatkan jangan terburu buru untuk enter position BUY.
Jika seandainya pasaran naik melepasi pada tahap 112.90 dan pada waktu yang sama candle haiken ashi tidak bersentuhan dengan MA CT HIGH amat sesuai untuk anda enter position BUY.
Seandainya pasaran naik melepasi pada tahap 112.90 dijangka pasaran akan menuju ke tahap 123.20 sebagai target 1
Nantikan update terkini dari masa kesemasa melalui www.forextrg.my
Apa-apa pun sebelum anda melakukan urusniaga utamakan money management. Jika seandainya anda enter position BUY pastikan stop loss anda pada line MA ST low (warna orange)
Untuk lebih detail tentang teknik moving haiken anda boleh download ebook asas moving haiken secara percuma edisi 2016 di sini.Disclaimer: Dagangan Forex (pertukaran asing) pada margin membawa ke tahap risiko yang tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk kesemua pelabur. Tahap leverage yang tinggi juga boleh digunakan untuk dagangan anda. Sebelum membuat keputusan untuk melabur di dalam pertukaran mata wang asing, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan objektif pelaburan anda, tahap pengalaman, dan keinginan mengambil risiko. Terdapat kemungkinan bahawa anda akan kehilangan sebahagian atau kesemua pelaburan awal anda dan oleh kerana itu anda seharusnya tidak melabur wang sekiranya anda tidak sanggup untuk menanggung rugi. Anda harus berhati-hati dengan segala risiko yang berkaitan dengan dagangan pertukaran asing, dan mendapatkan nasihat dari penasihat kewangan sendiri sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan.
Post a Comment