CPI Jepun, Perbelanjaan Pengguna Merosot pada November

Kadar inflasi tahunan Jepun merekodkan penurunan tahunan bagi bulan kesembilan manakala perbelanjaan swasta merosot pada November, data rasmi kerajaan mendedahkan.

Kadar inflasi tahunan Jepun merekodkan penurunan tahunan bagi bulan kesembilan manakala perbelanjaan swasta merosot pada November, data rasmi kerajaan mendedahkan.

Indeks teras harga pengguna negara (CPI) susut 0.4% pada November tahun ke tahun, tidak berubah daripada bacaan awal dan menandakan penurunan yang lebih curam daripada penurunan 0.3% yang diharapkan oleh penganalisis.

Teras CPI Tokyo, indikator utama harga di seluruh negara, menguncup sebanyak 0.6% pada bulan Disember berbanding tahun terdahulu, ekoran kemerosotan jualan pakaian mendorong peruncit untuk menurunkan harga.

Perbelanjaan isi rumah juga susut pada bulan sebelumnya. Perbelanjaan swasta jatuh 1.5% pada November berbanding tahun sebelumnya, yang menunjukkan bahawa pertumbuhan gaji yang perlahan telah mengehadkan perbelanjaan pengguna.

Dalam laporan berasingan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi, kadar pengangguran meningkat kepada 3.1% pada November daripada 3.0% pada bulan Oktober. Namun, nisbah pekerjaan-kepada-pemohon meningkat kepada 1.41 daripada 1.40 pada bulan sebelumnya.

Ekonomi Jepun mencatatkan kenaikkan bulanan yang ketiga berturut-turut pada suku Julai-September dan penganalisis menjangkakan akan mendapat momentum mengikut suku tahunan kerana kenaikkan yang dicatatkan pada baru-baru ini dalam aktiviti perdagangan dan pengeluaran pembuatan.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget