Emas Diniagakan Rendah Ekoran Laporan Ekonomi AS yang Kukuh Mendorong Kenaikkan Dolar

Emas susut menghampiri ke paras terendah dalam tempoh 10 bulan, yang mendorong kepada penurunan harga bulanan paling rendah dalam tempoh tiga tahun sebagaimana data ekonomi AS yang positif dan hasil Perbendahraan AS yang lebih tinggi telah meransang dolar. Spot emas jatuh 1.2 peratus kepada AS$ 1,174.44 per auns.

Niaga hadapan emas AS mencatatkan penurunan sebanyak 1.4 peratus pada paras harga AS$ 1,170.80 per auns. Majikan swasta di Amerika Syarikat menaikkan jumlah pengambilan pekerja bulan ini lebih mengatasi jangkaan dan perbelanjaan pengguna meningkat pada bulan Oktober, memberikan lebih banyak sokongan kepada Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah AS. Ekonomi terus berkembang pada Oktober dan November, menurut laporan Beige Book Fed, bagaimanapun, gaji dan kenaikan harga hanya mencatatkan bacaan sederhana dan pengukuhan mata wang dolar memberikan tekanan ke atas pembuatan. Emas menurun sebanyak lebih lapan peratus bulan ini, penurunan bulanan yang terbesar sejak Jun 2013.

Perak susut 0.9 peratus kepada AS$ 16.44 per auns dan platinum susut 0.8 peratus kepada AS$ 910.20. Palladium pula meningkat sebanyak 1.1 peratus kepada AS$ 768.20.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget