Tiada Mangsa Selamat Tragedi Pesawat Rusia Terhempas

Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan Isnin sebagai hari rasmi berkabung negara untuk kematian penumpang. Sekurang-kurangnya 60 orang penumpang kapal adalah ahli-ahli koir Red Army yang terkenal, termasuk penyanyi, penari dan ahli orkestra. Sembilan pemberita Rusia dan anggota perkhidmatan tentera turut berada di dalam pesawat.

Pesawat tentera Rusia Syria yang membawa 92 penumpang telah terhempas di Laut Hitam pada Ahad, dan telah mengorbankan kesemua penumpang, pihak berkuasa Rusia melaporkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan Isnin sebagai hari rasmi berkabung negara untuk kematian penumpang. Sekurang-kurangnya 60 orang penumpang kapal adalah ahli-ahli koir Red Army yang terkenal, termasuk penyanyi, penari dan ahli orkestra. Sembilan pemberita Rusia dan anggota perkhidmatan tentera turut berada di dalam pesawat.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, spesawat Tu-154 dilaporkan telah hilang dari skrin radar dua minit selepas berlepas. Jurucakap kementerian melaporkan bahawa tiada yang terselamat ditemui di lokasi nahas. Namun, operasi mencari masih diteruskan dengan empat kapal, empat helikopter, kapal terbang dan rondaan di sekitar kawasan nahas tersebut.

Serpihan pesawat itu dijumpai di kedalaman sekitar 70 meter di Laut Hitam, kira-kira 1.5 km di luar pantai bandar Sochi.

Sumber agensi berita RIA Rusia berkata laporan awal menunjukkan bahawa pesawat terhempas ekoran kerosakan teknikal atau kerana kesilapan juruterbang. Kemungkinan perbuatan pengganas telah ditolak.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget