Dolar Diniagakan Lemah Ekoran Kejatuhan Peso Mexico Selepas Kenyataan Trump

Dolar AS susut pada Khamis selepas sidang akhbar bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dinantikan pasaran dilihat samar-samar mengenai dasar fiskal negara, dan mengecewakan aliran menaik yang meletakkan pertaruhan pada rangsangan utama. Peso Mexico jatuh ke rekod rendah 22.04 per dolar, selepas Trump memberi amaran bahawa syarikat automotif AS bakal berhadapan dengan cukai yang tinggi untuk produk yang dibuat di Mexico.

Peso Mexico kemudianya diniagakan naik semula pada harga 21.77 per dolar. Trump menegaskan bahawa AS akan mula membina tembok sempadan selatan selepas beliau mengambil alih jawatan. Indeks dolar jatuh pada pada paras 101.520 pada Khamis, sebagaimana harga sebelum ini mencecah pada paras 102.950 pada satu tahap dalam sekelip mata. Sidang akhbar Trump tidak menyatakan butiran mengenai pengurangan cukai dan perbelanjaan infrastruktur, kedua-dua faktor utama yang mendorong kenaikkan lima minggu dalam saham serta 'selloff' dalam pasaran bon global. Ketidakpastian mengenai dasar fiskal ini telah menyebabkan hasil Perbendaharaan 10 tahun melonjak sebanyak 2.64 peratus lebih tinggi pada bulan lalu untuk bertahan 2.349 peratus.

Euro meningkat ke paras $1,0602 daripada kejatuhan $1,0454, kerana dolar susut kepada 114.79 yen dari paras tinggi 116.87. Sterling melonjak daripada paras rendah 10 minggu $1.2048 untuk mencapai paras harga $1.2184.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget